Categories
NASIONAL

Wan Azizah: Bersatu perkukuh kerjasama tumbangkan BN

Oleh: AFEEQA AFEERA

BENTONG, 16 OGOS : Anggota dan pimpinan PKR termasuk Pakatan Rakyat (PR) diingatkan supaya tidak berpecah belah dan terus bersatu demi menumbangkan pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang zalim.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata gelombang dibina pada 1998 semakin menunjukkan peningkatan dan mesti terus diperjuangkan.

“Kalau berpecah, apa akan jadi dengan masa depan negara kerana rakyat memilih kita dalam satu bentuk kerjasama iaitu Pakatan.

Jelajah amanat Presiden“Kita mesti kuat dan kukuh kerana (Datuk Seri) Anwar Ibrahim yang membayar perjuangan ini di dalam penjara,” katanya pada Jelajah Amanat Presiden di Dewan Himpunan Cina, semalam.

Beliau dalam pada itu turut mengimbas perjuangan dan sumbangan Anwar kepada negara, namun ada yang tidak menghargai.

“Banyak generasi muda sekarang tidak kenal siapa Anwar, yang mereka tahu cuma yang buruk-buruk.

“Tetapi pada sesiapa yang tahu, Anwar banyak berjasa, justeru saya tidak akan pernah menyerah untuk bebaskan beliau dan selamatkan Malaysia,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.