Categories
NASIONAL

MH370: Putus segera penyelesaian jitu

SHAH ALAM, 6 OGOS: Angkatan Muda Keadilan (AMK) berharap penyelesaian jitu berhubung insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dapat diputuskan segera.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata ia bagi menjawab persoalan bagaimana tragedi yang mengorbankan 239 penumpang dan anak kapal itu boleh berlaku.

nik nazmi“Pengumuman bahawa serpihan kapal terbang yang dijumpai di Pulau Reunion adalah sisa MH370 yang hilang lebih setahun lalu seharusnya memberi semangat kepada pihak berkuasa untuk meningkatkan usaha mencari pesawat itu.

“Saya menyeru Kerajaan Malaysia dan rakan antarabangsa untuk meneruskan pencarian tanpa mengira penat lelah sehingga menjumpai serpihan MH370 serta jenazah penumpang dan anak kapal dapat dipulangkan ke pangkuan keluarga,” katanya dalam kenyataan.

Beliau mewakili AMK turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan akan terus berdoa untuk kesejahteraan mereka.

“Ketika ini, kami harap seluruh rakyat Malaysia boleh bersatu dan berdiri teguh bersama mereka,” katanya.

mh066Pakar antarabangsa mengesahkan serpihan sayap yang dijumpai di Pulau Reunion milik Perancis adalah daripada penerbangan MH370 yang menyokong rumusan awal bahawa pesawat MAS terhempas ke dalam Lautan Hindi hampir 17 bulan lalu.

Pengesahan itu dijangka mengecilkan kawasan pencarian dan meningkatkan harapan untuk menyelesaikan apa yang dikatakan sebagai misteri terbesar dalam sejarah penerbangan moden.

Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada radar pada 8 Mac 2014.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.