Categories
NASIONAL

Pemimpin negara patut guna bahasa rasmi, bukan ‘rojak’

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 5 OGOS: Pemimpin negara sepatutnya tidak menggunakan bahasa ‘rojak’ dalam menyampaikan ucaptama sebaliknya memilih penggunaan bahasa bersesuaian dengan khalayak dan majlis.

Pandangan itu disuarakan Timbalan Pengarah (Penyelidikan), Akademi Kajian Ketamadunan, Dr Mohammad Alinor Abdul Kadir ketika diminta mengulas insiden penggunaan bahasa campuran Inggeris dan Melayu sewaktu berucap pada majlis anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Alinor“Keadaan sedemikian tidak sepatutnya terjadi.

“Sepatutnya beliau menggunakan bahasa yang beliau fasih, bukannya bahasa Inggeris atau Melayu yang tunggang langgang,” katanya kepada Selangor Kini.

Memetik laporan portal The Malaysian Insider semalam, Ahmad Husni berbuat demikian sewaktu menceritakan pengalamannya membesar di Ipoh dan dibantu rakan bukan Melayu dalam mata pelajaran Matematik.

Gaya bahasa sama turut diulang di hujung ucapannya dan sekali lagi berbuat demikian sewaktu menasihati hadirin yang sebahagiannya terdiri daripada murid sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.