Categories
NASIONAL

Mahkamah benar permohonan The Edge mula semakan kehakiman

SHAH ALAM 5 OGOS: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan The Edge untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Menteri Dalam Negeri menggantung dua penerbitan akhbarnya selama tiga bulan.

Bernama melaporkan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad membuat keputusan itu dihadapan Peguam Kanan Persekutuan, Alice Loke dan peguam The Edge Communication Sdn Bhd, Daryl Goon.

The EdgeMahkamah menetapkan pada 12 Ogos ini untuk pendengaran kes.

Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri menggantung akhbar mingguan The Edge dan The Edge Financial Daily untuk masa 3 bulan bermula 27 Julai lalu.

Ekoran itu, Gabungan Demi Kebebasan Media menganjurkan perhimpunan di Kuala Lumpur pada 8 Ogos ini bagi menyatakan solidariti bersama The Edge Media Group serta dua penerbitan yang digantung.

Himpunan dikenali sebagai “808” itu bermula pada jam 11 pagi di Pasar Seni dan peserta kemudian bergerak ke arah Ibu Pejabat Majlis Peguam.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.