Categories
NASIONAL

Timbalan Pengarah Cawangan Khas ‘terkejut’ ditukar ke JPM

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 20 OGOS: Timbalan Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Abdul Hamid Bador terkejut menerima arahan pertukaran ke Jabatan Perdana Menteri (JPM), semalam.

Memetik Malaysia Kini, beliau yang berkhidmat  sejak 37 tahun lalu tidak mengetahui alasan di sebalik pertukaran itu.

Beliau tidak menolak kemungkinan pertukaran dibuat kerana terdapat pihak tidak mahu dirinya berada di situ.

Screenshot_2015-08-19-23-47-18“Hal pertukaran saya ini, awak kena tanya IGP (Tan Sri Khalid Abu Bakar) kerana beliau yang mengesahkan surat pertukaran saya.

“Saya okay, tidak ada masalah ditukarkan ke mana-mana. Jangan tanya saya kenapa ditukarkan, tanya merekalah. Saya tidak mahu buat spekulasi,” katanya.

Pada masa sama, Abdul Hamid, berkata beliau secara rasmi melepaskan jawatannya pagi semalam tetapi belum lagi menerima jawatan di JPM.

Minggu lalu, Datuk Mohamad Fuzi Harun dilantik menggantikan Akhil Bulat sebagai Pengarah Cawangan Khas.

Sebelum ini, Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohd Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik, Datuk Rohaizad Yaakob turut ditukarkan ke JPM.

Bagaimanapun, pertukaran itu kemudiannya dibatalkan selepas menerima kecaman pelbagai pihak.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.