Categories
SELANGOR

Warga Shah Alam gagal bayar RM9.3 juta cukai taksiran

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 27 OGOS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengesan sejumlah RM9.3 juta cukai taksiran yang gagal dijelaskan pemegang harta kawasan pentadbiran, sejak awal tahun ini.

Pegawai Komunikasi Korporat MBSA, Shahrin Ahmad, berkata jumlah keseluruhan pemegang harta di bandar raya itu seramai 224,888 pemegangn harta.

cukai MBSA copy“Bagaimanapun, pada penggal pertama 2015 hingga Jun lalu, MBSA berjaya mengutip 92.9 peratus berjumlah RM112.3 milion cukai. Untuk penggal kedua dari Julai sehingga kini lebih 60 peratus berjumlah RM75 million cukai taksiran dibayar pemilik harta.

“Pemegang harta yang gagal membuat bayaran sehingga tempoh yang diberi akan dikenakan tindakan caj notis,” katanya kepada Selangor Kini.

Shahrin berkata,MBSA membuka kaunter bayaran pada hari Sabtu dan Ahad sepanjang bulan Ogos ini bermula seawal 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari bagi memudahkan urusan orang ramai.

“Kaunter bayaran juga akan dibuka pada cuti umum sempena Kemerdekaan ke-58, pada 31 Ogos ini.

“Tindakan tegas akan diambil jika pemegang harta masih gagal melunaskan cukai taksiran dalam masa tempoh diberi,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.