Categories
NASIONAL

Bentuk pakatan pembangkang baru hadapi BN

SHAH ALAM 8 SEP: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertemu dengan pemimpin Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dalam mesyuarat tertutup hari ini.

Katanya mesyuarat itu membincangkan hala tuju dan prinsip kedua-dua pihak.

“Saya amat berbesar hati mengalu-alukan Parti Amanah Nasional sebagai parti pembangkang baru,” kata Dr Wan Azizah dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Pejabat Presiden PKR.

AmanahDr Wan Azizah menekankan perlunya pembangkang yang kuat dan bersatu padu untuk mencabar Barisan Nasional dalam isu semasa dan dalam pilihan raya umum akan datang.

“Krisis keyakinan melanda Malaysia hari ini menuntut alternatif kepada kerajaan BN. Saya yakin bahawa pakatan pembangkang baru menjadi lebih kuat dan dalam kedudukan yang lebih baik untuk melawan rasuah dan salah urus ekonomi pentadbiran Najib.

“Kami mencapai banyak kemajuan ke arah pembentukan pakatan pembangkang baru, dan saya akan bertemu dengan pimpinan PAS dan DAP dalam tempoh seminggu akan datang untuk membincangkan yang sama”, katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.