Categories
SELANGOR

Festival Idearaya : medan perluas wacana rakyat

Oleh : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 14 SEP : Festival Idearaya akan dijadikan acara tahunan sebagai usaha menghidupkan Laman Budaya selain memperhebat ruang wacana rakyat.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi serta Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pihaknya mahu menjadikan Laman Budaya sebagai pusat kota pencerahan untuk rakyat mencambahkan fikiran dan bertukar pandangan.

niknazmi“Kita mahu terap dan jadikan Laman Budaya sebagai pusat kota pencerahan sebelum menjelajah ke setiap daerah bagi melawan pembodohan terhadap rakyat yang dilakukan golongan tertentu.

“Kita mahu luaskan ruang wacana dengan adanya percambahan fikiran dan pertukaran pandangan.

“Ini bermakna kita boleh berlapang dada walaupun tidak bersetuju kita boleh mendengar serta hormat pandangan orang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Selangor kini pada malam penutup Festival Idearaya 2015 di Laman Budaya, di sini, semalam.

Festival Idearaya berakhir meriah dengan persembahan muzik beberapa kumpulan anak muda semalam.

Seramai lapan penghibur membuat persembahan bermula sejak 8.30 malam pada hari kedua festival.

Antara mereka yang hadir adalah kumpulan Drumken, The Garrison, Space Gambus Experiment, Spooky Wet Dreams, Fadhli Ariffin, Orfeus, Syahid Abdullah dan Pyan Habib.

Festival Idearaya adalah program kerjasama Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi serta Inovasi bersama Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan.

Penganjurannya melibatkan peruntukan sejumlah RM100,000.

-NR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.