Categories
SELANGOR

MB: Syarat pendapatan Rumah Selangorku dikaji

Oleh: LIZAWATI MADFA

KUALA SELANGOR, 8 SEP: Syarat pendapatan isi rumah bagi permohonan Rumah Selangorku sedia dikaji bagi memenuhi permintaan tinggi rakyat.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, kadar maksimum RM8,000 kini sedia dipertimbang sehingga RM10,000 sebulan.

Katanya, pertimbangan itu juga sesuai dengan nilai ringgit yang semakin menyusut berbanding dolar Amerika.

kota puteri 3“Dalam sesi perbincangan bagi menggubal Belanjawan 2016 dengan kumpulan sasaran baru-baru ini, sudah ada permintaan agar menyemak kriteria dan kelayakan rumah mampu milik.

“Bermakna orang yang pendapatan sederhana dan menengah juga mahu mendapatkan rumah ini kerana permintaannya semakin mendesak. Kita sedia mengkaji permintaan itu,” katanya.

Terdahulu, beliau menyempurnakan Majlis Pelancaran dan Pendaftaran Rumah Selangorku Idaman PKNS Kota Puteri di sini pagi ini.

Hadir sama Exco Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Noordin Sulaiman dan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Azlan Alifiah.

Sebanyak 4,471 unit Rumah Selangorku Idaman Kota Puteri dijangka siap sepenuhnya pada 2023.

Fasa pertama pembinaan akan bermula pada 2016, diikuti fasa kedua pada 2018 dan fasa ketiga pada 2021.

Terdapat dua jenis pembangunan iaitu jenis berstrata tinggi dan rumah teres dua tingkat dengan harga di antara RM42,000 sehingga RM250,000.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.