Categories
NASIONAL SELANGOR

MB: Tumpu banteras jenayah bukan tekan rakyat

Oleh : AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 6 SEP: Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberikan tumpuan kepada usaha membenteras jenayah berbanding memanggil pimpinan politik dan NGO memberikan keterangan berhubung perhimpunan Bersih 4.

Menurutnya, rakyat membayar cukai kepada kerajaan untuk memastikan ketenteraman mereka terpelihara menerusi PDRM tambahan himpunan yang berlangsung pada 29 dan 30 Ogos lalu berlangsung aman dan mengikut peruntukan Perlembagaan.

MB Terjah sampah (13)“Saya menyeru kepada PDRM melihat perkara ini (membendung jenayah) secara serius untuk mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat serta masyarakat antarabangsa terhadap institusi polis itu sendiri.

“Ini kerana PDRM merupakan institusi penting dalam sistem demokrasi yang harus memelihara ketenteraman rakyat bukannya individu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan siasatan perhimpunan Bersih 4 yang menyaksikan beberapa pemimpin dilaporkan akan dipanggil membantu siasatan.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengeluarkan kenyataan akan memanggil beberapa pemimpin parti termasuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed kerana terlibat dalam perhimpunan Bersih 4.

-NR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.