Categories
SELANGOR

Polis ganggu gerak kerja pentadbiran Selangor

Oleh : NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA, 18 SEP: Tindakan polis memanggil beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (Pakatan) termasuk Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali untuk tampil memberi keterangan berhubung perhimpunan Bersih 4, menganggu gerak kerja pentadbiran Selangor.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata tindakan itu juga memberi tekanan kepada pemimpin terlibat yang sibuk mengendalikan keperluan dan kebajikan rakyat.

elizabeth wong“Ini adalah satu cara untuk kacau gerak kerja kita. Ia sudah menjadi trend. Ditambah pula dengan soalan-soalan yang tidak masuk akal.

“Ini antara cubaan menakutkan orang ramai,” katanya kepada SelangorKini.

Selain Mohamed Azmin Ali, Elizabeth juga dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung Bersih 4, semalam.

Beliau juga mencadangkan polis untuk turut memanggil pemimpin atau pihak terbabit dengan Himpunan Merah yang dicemari dengan provokatif perkauman.

“Jangan gunakan alasan tidak masuk akal untuk menindas Ahli Politik Pakatan, aktivis mahupun masyarakat sahaja.

“Himpunan sesiapa juga boleh sertai kerana ia asas demokrasi. Tetapi jangan pilih kasih,” katanya.

IMG_6527Mohamed Azmin hari ini hadir di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi bagi memberi keterangan berhubung penglibatannya dalam Bersih 4 pada hujung bulan lalu.

Beliau hadir di balai polis tersebut kira-kira jam 10 pagi tadi ditemani peguamnya, N. Surendran, Latheefa Koya, Datuk Ambiga Sreenevasan dan Yusmadi Yusoff.

-NR-

Categories
NASIONAL

Kuning haram, merah halal dedah sikap polis

Oleh: LIZAWATI MADFA

KUALA LUMPUR, 18 SEP: Sikap dwi-standard polis mengharamkan perhimpunan Bersih 4 walaupun selaras dengan perlembagaan diselar Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata sedangkan perhimpunan Himpunan Rakyat Bersatu atau Baju Merah tanpa objektif jelas mendapat restu dan kebenaran pihak berkuasa.

Lebih menjelekkan, Mohamed Azmin berkata perhimpunan yang turut dihadiri pimpinan Umno itu dipenuhi provokatif perkauman dan agama yang sempit.

IMG_6555“Perhimpunan itu terbukti berlaku insiden-insiden yang tidak diingini dan boleh mencetus ketegangan kaum dan agama.

“Berbeza dengan Bersih 4 yang bukan sahaja jelas matlamat tetapi berlangsung dengan penuh aman, tenteram dan disiplin.

“Tetapi mengapa polis tidak profesional dengan mengharamkan kuning dan halalkan merah,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, beliau diminta hadir di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi bagi memberi keterangan berhubung penglibatannya dalam Bersih 4 pada hujung bulan lalu.

Beliau turut disiasat berhubung kenyataannya dalam sebuah ceramah ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh sebelum ini kononnya menggelar Ketua Polis Negara sebagai barua.

Timbalan Presiden PKR juga berkata tekanan polis itu tidak akan melemahkan semangat Pakatan Rakyat (Pakatan) membela nasib rakyat.

“Kita akan terus berjuang untuk menyuburkan demokrasi dalam usaha selamatkan negara dan ekonomi.

“Rakyat juga tidak perlu gentar dengan segala tekanan dan ugutan yang dikenakan serta terus bersama bagi membuat perubahan,” tegasnya.

-NR-

Categories
NASIONAL SELANGOR

Haram baju Bersih, Azmin cabar KDN

Oleh: LIZAWATI MADFA

KUALA LUMPUR, 18 SEP: Pengharaman t-shirt kuning dengan tulisan Bersih 4 oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan dicabar di mahkamah.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata ketetapan itu diambil setelah merasakan arahan KDN itu sebagai jelek dan tidak wajar dikeluarkan.

IMG_6555“Saya dimaklumkan barisan peguam akan mencabar KDN khususnya arahan menterinya tidak membenarkan pakaian berwarna kuning dengan tulisan Bersih 4.

“Ini sesuatu amat jelek dan peguam dalam proses membawa perkara ini ke mahkamah,” katanya di hadapan Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di sini, pagi tadi.

Mohamed Azmin yang berbaju kuning dan berselipar hadir bagi memberi keterangan berhubung kehadirannya di perhimpunan Bersih 4 pada hujung bulan lalu dan perkataan ‘barua’ yang didakwa digunakan terhadap Ketua Polis Negara (KPN) dalam satu ceramah di Permatang Pauh.

IMG_6463“Saya juga disiasat kerana berucap pada perhimpunan Bersih 4, pemakaian t-shirt Bersih 4 selain membawa anak yang masih bersekolah ke perhimpunan itu,” katanya yang disiasat di bawah Seksyen 42 F Akta Perhimpunan Aman (APA), Seksyen 41 C APA dan Seksyen 81 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

Mohamed Azmin mula memberi keterangan sekitar jam 10.15 pagi turut ditemani barisan peguamnya, N. Surendran, Datuk S. Ambiga dan Latheefa Koya. selain lebih 50 penyokong.

Beliau selesai memberi keterangan dan keluar pada jam 11.50 pagi dan disambut lebih 50 penyokong dengan laungan ‘reformasi’.

-NR-

Categories
NASIONAL SELANGOR

MB: Tumpu banteras jenayah bukan tekan rakyat

Oleh : AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 6 SEP: Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberikan tumpuan kepada usaha membenteras jenayah berbanding memanggil pimpinan politik dan NGO memberikan keterangan berhubung perhimpunan Bersih 4.

Menurutnya, rakyat membayar cukai kepada kerajaan untuk memastikan ketenteraman mereka terpelihara menerusi PDRM tambahan himpunan yang berlangsung pada 29 dan 30 Ogos lalu berlangsung aman dan mengikut peruntukan Perlembagaan.

MB Terjah sampah (13)“Saya menyeru kepada PDRM melihat perkara ini (membendung jenayah) secara serius untuk mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat serta masyarakat antarabangsa terhadap institusi polis itu sendiri.

“Ini kerana PDRM merupakan institusi penting dalam sistem demokrasi yang harus memelihara ketenteraman rakyat bukannya individu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan siasatan perhimpunan Bersih 4 yang menyaksikan beberapa pemimpin dilaporkan akan dipanggil membantu siasatan.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengeluarkan kenyataan akan memanggil beberapa pemimpin parti termasuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed kerana terlibat dalam perhimpunan Bersih 4.

-NR-

#BERSIH4 berani cipta sejarah

Mengucapkan terima kasih kepada ratusan ribu peserta Bersih 4, penganjur memuji keberanian rakyat di Dataran Merdeka meskipun diancam.

Antara pemimpin yang memberi ucapan adalah Dato’ Husam Musa, Rafizi Ramli, Dr Siti Mariah, Mohamed Sabu, Dr Wan Azizah, Lim Kit Siang, Hishamudin Rais dan Ambiga.

#BERSIH4 : 34 jam aman tanpa sebarang rusuhan

Akhirnya hari kedua BERSIH 4 berjalan aman tanpa mendatangkan apa-apa kemudaratan. Sama-sama kita saksikan gelagat peserta bermula pagi tadi sehinggalah detik jam 12 malam, 30/8/2015.

#BERSIH4 : Himpunan aman berakhir dengan tenang | 30/8

Himpunan aman Bersih 4 berakhir dengan tenang tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. Pendemo menunjukkan displin dan berterima kasih kepada polis yang berbakti sepanjang dua malam mereka di Kuala Lumpur.

#BERSIH4 : Ambang Merdeka pindah Bukit Jalil, Bersih berterima kasih

Sambutan ambang Merdeka di Dataran Merdeka berpindah ke Bukit Jalil, dan penganjur Bersih 4 berterima kasih diatas kerjasama pihak berkuasa.

#BERSIH 4 : Acara malam diisi seni dan ilmu (Bhgn 1)

Siapa kata himpunan aman sekadar berarak dan melaung slogan? Acara malam Bersih 4 diisi pelbagai acara kesenian dan keilmuan untuk peserta himpunan aman | 29/8/2015

#BERSIH 4 : Acara malam diisi seni dan ilmu (Bhgn 2)

Siapa kata himpunan aman sekadar berarak dan melaung slogan? Acara malam Bersih 4 diisi pelbagai acara kesenian dan keilmuan untuk peserta himpunan aman | 29/8/2015

#BERSIH4 : Sesi siang himpunan aman berakhir meriah | 29/8


 

Kemeriahan dan semangat para peserta himpunan aman Bersih 4 jelas meskipun cuaca panas dan suasana yang sesak dengan ratusan ribu hadirin.

#BERSIH 4 Tun M pengkhianat atau penyelamat?


Kehadiran mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengundang pelbagai persoalan.