Categories
SELANGOR

PKNS FC tekad gempur PDRM untuk menang

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 26 SEP: Dalam misi memburu kemenangan, PKNS FC sedia menggempur PDRM dalam perlawanan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, 28 September ini.

Sasaran mengutip tiga mata menjadi tumpuan PKNS FC selepas gagal berbuat begitu ketika berdepan juara bertahan, Pahang, minggu lalu.

Pengurus PKNS FC, Mahfizul Rasydin Abdul Rashid, berkata pasukan perlu fokus dan bersedia kerana PDRM juga bermatlamat sama selepas sekadar seri ketika menghadapi Pulau Pinang.

PKNS_FC“Kemenangan dalam perlawanan ini penting dalam usaha pasukan mengukuhkan kedudukan seterusnya berpeluang cerah ke suku akhir.

“Dengan baki empat perlawanan peringkat kumpulan, peluang masih terbuka bagi semua pasukan dalam kumpulan D ini,” katanya kepada Selangor kini.

Jelasnya, walaupun kini memungut tiga mata namun ia bukan kedudukan selesa buat PKNS FC dan tumpuan kini mengatasi segala kekurangan supaya kesilapan sama tidak berulang ketika menentang PDRM.

Katanya, kekalahan kepada Pahang menjadi panduan untuk membaiki kelemahan pemain dan pauskan secara kolektif.

“Kita akan mengukuhkan bahagian pertahanan selain ketajaman bahagian serangan dipertingkatkan bagi mendapatkan hasil dihajati.

“Pasukan perlu mengutip mata apabila melawan PDRM nanti,” katanya.

-NR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.