Categories
SELANGOR

Program HIJRAH terbuka semua kaum

Oleh: NORHAYATI UMOR

KAPAR, 7 SEP: Program HIJRAH Selangor yang diperkenalkan Kerajaan Negeri mengalukan penyertaan golongan bukan Bumiputera.

Pengerusi Eksekutif HIJRAH, Datuk Mansor Othman berkata hal itu kerana setakat ini penyertaan bukan Bumiputera antara 10 hingga 15 peratus.

“HIJRAH terbuka kepada semua kaum. Setakat ini, bukan Melayu yang menyertai hanya 10 hingga 15 peratus.

“Angka ini membimbangkan kita sedangkan kita terbuka kepada semua kaum,” katanya kepada SelangorKini selepas majlis penyerahan cek bantuan HIJRAH di Dewan Datuk Razali, di sini.

Hadir sama Exco Kesihatan, Kebajikan, Wania dan Hal Ehwal Keluarga, Dr Daroyah.

Mansor berkata bahasa merupakan salah satu faktor kurang penyertaan bukan Bumiputera.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya kini dalam usaha mengambil kakitangan dan pegawai kaum mereka.

“Pelbagai usaha promosi secara agresif sedang dijalankan dari segi taklimat dan pelbagai program turun padang,” katanya.

Dalam majlis itu, seramai 614 penerima menerima manfaat dari program itu dengan peruntukan sebanyak RM2.65 juta bagi Parlimen Kapar.

Program HIJRAH diperkenal Kerajaan Selangor bagi melonjak golongan miskin berHIJRAH memasuki kumpulan berpendapatan menengah melalui dana RM100 juta.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.