Categories
SELANGOR

Wan Azizah: Kerajaan Selangor kekal stabil

Oleh: AFIX REDZUAN

SUBANG JAYA, 22 SEP: Kerajaan Selangor masih stabil dan kekal berfungsi seperti biasa kerana Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali masih mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Rakyat (ADUN).

Perkara itu disahkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika ditanya media mengenai status Kerajaan Selangor selepas pembentukan gabungan pembangkang baru yang dinamakan Pakatan Harapan.

pr 2“Kerajaan Selangor tidak terjejas kerana Menteri Besar masih mendapat majoriti Adun.

“Jadi tiada sebarang perkara menjejaskan kestabilan pemerintahan,” katanya dalam sidang media di Hotel Empire, di sini hari ini.

Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR turut menghadiri Rundingan Meja Bulat yang berlangsung hampir tiga jam namun beliau pulang awal sekitar jam 11 pagi bagi menghadiri program lain.

Fungsi Pakatan Harapan berkuatkuasa hari ini dan dianggotai tiga parti komponen yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah.

Gabungan baru ini turut menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri jika mereka menang dalam PRU-14.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.