Categories
NASIONAL

IPU: Pelabuhan Klang catat bacaan tertinggi tidak sihat

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 1 OKT: Pelabuhan Klang mencatat bacaan tertinggi Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu 140 setakat jam 10 pagi, hari ini.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), terdapat 18 kawasan lain mengalami bacaan tidak sihat.

JEREBUDi Selangor, bacaan IPU menunjukkan ke empat kawasan juga mencatatkan bacaan tidak sihat adalah Banting (123), Kuala Selangor (109), Petaling Jaya (108) dan Shah Alam (124).

Kawasan lain yang turut mengalami IPU tidak sihat adalah Kemaman, Terengganu (103), Paka, Terengganu (102), Batu Muda, Kuala Lumpur (112), Putrajaya (108), Kota Tinggi, Johor (123), Larkin Lama, Johor (105) dan Pasir Gudang, Johor (127).

Sementara itu, di Bandaraya Melaka mencatatkan bacaan 116, Bukit Rambai (118), Nilai, Negeri Sembilan (119), Port Dickson (126), Seremban (106) dan Balok Baru, Kuantan (102).

Manakala, 29 kawasan lain mencatatkan IPU sederhana dan empat kawasan lain mencatatkan udara sihat.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 10 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk laman sesawang http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa di kawasan masing-masing.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.