Categories
NASIONAL

Kerajaan Persekutuan patut proaktif elak pertumbuhan ekonomi terjejas

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 13 OKT: Kerajaan Persekutuan perlu proaktif menangani persepsi negatif terhadap sistem politik dan institusi perundangan negara agar tidak menjejaskan pertumbuhan ekonomi.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, Dr Fahmi Ngah, berkata ia wajar diatasi penuh tanggungjawab berikutan kelembapan ekonomi dunia dan kesan inflasi.

Dr Fahmi Ngah“Risiko pertumbuhan negara banyak bergantung kepada faktor luaran yang membantu atau sebaliknya.

“Antara faktornya seperti kadar pertumbuhan ekonomi negara dagang, aliran pelaburan luar, harga komoditi minyak dan gas,” katanya kepada Selangor Kini.

Katanya, jika situasi itu tidak ditangani ia menjejaskan pelaburan asing ke dalam negara.

Sebelum ini, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata pertumbuhan ekonomi berdepan risiko lebih besar akibat kelembapan ekonomi dunia berbanding daripada kesan inflasi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.