Categories
NASIONAL

Kes Anwar: Mahkamah Tinggi tolak pemohonan Utusan

Oleh: NORHAYATI UMOR

KUALA LUMPUR, 9 OKT: Permohonan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad untuk memasukkan sabitan Fitnah II dalam prosiding pembelaan kes saman Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hue Siew Kheng membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan Peguam Utusan Melayu, Firoz Hussein Ahmad, pada 6 dan 7 September lalu.

azizahKatanya, pertuduhan sabitan itu tidak boleh digunapakai dan diterima sebagai bukti yang sah dalam kes terbabit.

Peguam Anwar, N Surendran pula menegaskan cubaan mengaitkan sabitan kes fitnah Anwar itu tidak relevan dan tidak mempunyai sebarang kaitan dalam kes ini.

Dalam sesi penghujahannya, Surendran turut merujuk keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan sabitan terhadap pertuduhan jenayah tidak boleh digunapakai dalam kes sivil membabitkan Anwar, pada Mei lalu.

“Mahkamah Tinggi tertakluk kepada keputusan Mahkamah Rayuan kerana ia adalah kuasa tertinggi yang ada di Malaysia,” katanya.

azizah2Pada 2013, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk VT Singham memutuskan Utusan Malaysia bertangungjawab memfitnah Anwar berhubung wawancara beliau bersama Perbadanan Penyiaran British (BBC).

Bagaimanapun, tuntutan ganti rugi terhadap kes berkenaan belum diputuskan selepas peguam Utusan membangkitkan persoalan membabitkan sabitan kes liwat dalam penghujahannya.

Kes berkenaan difailkan Anwar pada tahun 2012 dengan menuntut ganti rugi dan perintah injuksi RM50 juta terhadap Utusan Malaysia.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.