Categories
NASIONAL

Nurul Izzah sahkan Ahli Parlimen Pakatan-BN bincang undi tak percaya

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SEGAMBUT, 9 OKT: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengesahkan wujud perbincangan antara Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dengan blok pembangkang bagi mengadakan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Nurul Izzah berkata, beliau bagaimanapun percaya langkah itu sukar dilaksanakan kerana Najib melakukan persediaan awal termasuk ‘menyuap’ Ahli Parlimen BN dengan menaikkan peruntukan RM5 juta seorang.

izzah“Perbincangan berlaku dengan rancak tetapi bak kata orang putih ‘the prove of the pudding is in the eating’. Jadi kita lihatlah nanti, undi tak percaya berlaku atau tidak.

“Pada saya, kita boleh berjanji pelbagai perkara tetapi adakah mereka berani mendepani cabaran dan mengundi untuk masa depan di akhir pelunasan pada hari terbabit.

“Awal lagi, kita mengajak mereka secara terbuka dan pertemuan ada walaupun bukan berskala formal tetapi tak mencukupi kerana ujian sebenar adalah pada hari Dewan Rakyat bersidang nanti,” katanya kepada Selangor Kini, semalam.

Beliau berkata demikian sebaik selesai Solat Hajat bagi kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kesejahteraan negara yang diadakan di kediaman Ketua Umum PKR itu, di sini.

UMNO BN 55Nurul Izzah berharap Ahli Parlimen BN mampu berfikir rasional demi masa depan negara dan rakyat.

“Kita harus pragmatik, adakah perjuangan ini harus dipanjangkan sedikit. Jika kita ada komitmen dan istiqamah, In Shaa Allah akan berjaya,” katanya.

Nurul Izzah turut mengucapkan tahniah kepada Bersih 2.0 dan beberapa badan bukan kerajaan kerana melahirkan cadangan terbabit.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.