Categories
SELANGOR

MBSA bentang Belanjawan 2016 belanja RM443.4 juta, hasil RM434.4 juta

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 21 OKT: Sebanyak RM443.4 juta dibelanjakan Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) bagi Belanjawan 2016 dengan anggaran hasil sebanyak RM434.4 juta.

Datuk Bandar MBSA, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad, berkata belanjawan defisit sebanyak RM9 juta itu ditampung menggunakan rezab MBSA.

mbsaKatanya, perbelanjaan yang dianggarkan terdiri darpada belanja mengurus sebanyak RM368.3 juta dan belanja pembangunan pula sebanyak RM75 juta.

“Peruntukan perbelanjaan berkurang sebanyak RM17.1 juta atau 3.7 peratus berbanding tahun ini.

“Peruntukan terbesar adalah untuk perkhidmatan dan bekalan iaitu sebanyak RM267.9 juta,” katanya sewaktu Mesyuarat Khas Majlis Kali Pertama 2016.

Ahmad Zaharin berkata, peruntukan perkhidmatan itu untuk penyelenggaran dan pembaikan kecil termasuk melaksanakan kerja penyelenggaraan kutipan sampah sebanyak RM38.3 juta, penyelenggaran dewan, pasar dan gerai sebanyak RM6.2 juta.

Selain itu, untuk perbelanjaan penyelenggaraan jalan sebanyak RM6.1 juta, parit dan longkang RM7.5 juta dan tempat riadah serta taman rekreasi peruntukan sebanyak RM2.4 juta.

“Peruntukan bagi pembangunan pula diperuntukan sebanyak RM75.1 juta.

“Sebanyak 63.7 peratus adalah untuk projek membina dan menaiktaraf bangunan manakala 28.3 peratus lagi bagi menaik taraf infrastruktur

Katanya, menjadi harapan MBSA untuk melaksanakan dasar dan polisi pembangunan khususnya untuk mempertingkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.