Categories
SELANGOR

MPSJ terima dua anugerah antarabangsa

Oleh: NORHAYATI UMOR

SUBANG JAYA, 29 OKT: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) merangkul dua anugerah dalam ‘Green World Awards 2015’ yang berlangsung di Novotel Cathedral Square, Christchurch, New Zealand minggu lalu.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata dua anugerah itu membabitkan Anugerah Emas bagi kategori ‘Sustainability’ dan Anugerah Perak dalam kategori ‘Regional and National Goverment’.

INTERVIEW Khas YDP MPSJ (3)Katanya, selain itu, MPSJ juga bakal menerima satu lagi anugerah ‘Green Apple Awards For Commerce and Industry’ dengan tajuk ‘Green Collaboration-Community Edible Greens’ di Westminster Palace, London pada 16 November ini.

“Anugerah ini adalah susulan daripada Anugerah Green Apple Awards diterima MPSJ tahun lalu bagi kategori ‘The Environment Best Practise’ menerusi hijau bertajuk ‘The Biomass Way’ dan Anugerah World Green Ambassador 2015′ yang diterima pada Mei lalu atas komitmen MPSJ dalam inisiatif dan pembangunan hijau.

“Penganugerahan ini sekaligus menaikkan prestij MPSJ dan Kerajaan Selangor di persada antarabangsa,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Bulanan, di sini.

Nor Hisham berkata MPSJ sentiasa mengharapkan sokongan daripada semua pihak untuk terus maju dan melakar lebih banyak kejayaan.

“MPSJ berterima kasih kepada semua pihak yang memberikan komitmen tinggi dalam melaksanakan tugas sehingga MPSJ mencapai kejayaan” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.