Categories
NASIONAL

PAS: Lumrah Umno, bila dah tiada kuasa baru sedar

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 14 OKT: Memang sudah menjadi lumrah bagi pemimpin Kerajaan Umno-BN hanya berani menegur kesalahan dilakukan pemimpin tertinggi mereka selepas tidak lagi berkuasa.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, berkata sebaliknya kaedah yang sama turut digunakan bekas pemimpin itu semasa mereka masih memegang dalam kerajaan.

pc“Sebenarnya pemimpin Umno ini sama sahaja, bila dah tak ada kuasa baru dia tahu wujudnya diskriminasi tetapi semasa mereka berkuasa mereka pun sama saja sokong ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri).

“Pentadbiran semasa mereka berkuasa juga meletakkan pemimpin pembangkang dan mana-mana pihak tak sealiran dengan mereka dalam tahanan ISA dan sekarang ini Najib Razak pula gunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA,” kata Idris kepada Selangor Kini, hari ini.

Idris berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas Menteri Kanan Umno, Tan Sri Rafidah Aziz yang mengkritik pentadbiran Najib yang menahan pihak tidak sealiran dengan mereka.

idris ahmadKata Ahli Parlimen Bukit Gantang itu lagi, lazimnya hanya kerajaan yang diterajui pemimpin tidak berkaliber dan lemah sahaja menggunakan kekerasan seperti dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Bila tercabar maka dia gunakan kuasa walaupun kononnya menganggap dirinya sebagai sebuah kerajaan demokratik, walaupun dimarahi orang ramai dan sebagainya tetapi bagi dia kuasa perlu dipertahankan.

“Dia patut rasa malu terutama dalam kes 1MDB, Najib Razak tidak boleh terima pandangan bukan sahaja dari pembangkang malah Timbalan Presiden Umno semasa masih Timbalan Perdana Menteri juga tak boleh beri pandangan,” kata Idris.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.