Categories
SELANGOR

PAS Selangor tolak kerjasama dengan Perkasa

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 14 OKT: PAS Selangor tidak bersetuju terhadap sebarang bentuk kerjasama dengan kumpulan pendesak Melayu Perkasa.

Pesuruhjayanya, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata meskipun PAS bersedia mewujudkan kerjasama untuk menentang Barisan Nasional (BN), namun parti itu menolak pihak yang membawa sentimen perkauman.

Iskandar SamadKatanya PAS Selangor juga sudah menerima penjelasan daripada PAS Pusat bahawa mereka hanya menerima kunjung hormat daripada Perkasa.

“Walaupun PAS Selangor bersedia mewujudkan kerjasama untuk menentang BN dengan mereka yang menghormati prinsip dan dasar perjuangan PAS, tetapi kami menolak sama sekali mana-mana pihak yang membawa sentimen perkauman.

“Seluruh tenaga rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan kedudukan sosial perlu digemblingkan untuk berhadapan penyelewengan dan salah guna kuasa BN,” katanya dalam kenyataan.

Iskandar berkata PAS juga hanya membincangkan tiga perkara iaitu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik dan SOSMA.

“Tidak ada persetujuan untuk mewujudkan kerjasama seperti yang dilaporkan media.

“Sehubungan itu, ingin ditegaskan di sini bahawa PAS Selangor tidak bersetuju dengan sebarang kerjasama dengan Perkasa,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.