Categories
NASIONAL

Taring Najib tumpul jika KPN, AG neutral

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 14 OKT : Datuk Seri Najib Razak akan kehilangan taring jika Ketua Polis Negara (KPN) dan Peguam Negara bersikap neutral atau berkecuali terhadap sebarang isu.

Penganalisis politik, Dr Maszlee Malik, berkata Perdana Menteri itu kini kebal memandangkan kedua-dua individu terbabit secara jelas memihak kepadanya.

Najib-1MDB“Setakat ini Najib berkuasa penuh kerana ramai yang berpihak kepadanya, malah menteri kabinet yang dirombak juga mempertahankan beliau meskipun dikecam.

“Keadaan itu berubah jika KPN neutral atau serius ingin menyiasat Najib dan pada masa sama Peguam Negara juga menunjukkan taring, maka ketika itu Perdana Menteri kehilangan taring,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau juga berpandangan perubahan sikap Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bakal mendorong Najib kurang berkuasa seperti sekarang jika benar ia berlaku.

“Kalau kita adakan undi tidak percaya memerlukan sokongan daripada BN, tetapi kebanyakan daripada mereka berdiri kuat di belakang Najib kecuali ada perubahan sikap,” katanya.

Sebelum ini, beberapa pemimpin BN menyertai Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bersuara menentang penahanan dua individu dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Antaranya bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.