Categories
SELANGOR

Pupuk usaha sepadu banteras denggi

Oleh: SYASYA SUFIAN

SUBANG, 3 OKT: Usaha bersepadu perlu dilaksanakan oleh semua pihak supaya penularan wabak denggi dapat diatasi memandangkan kes terus meningkat.

Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh, berkata Zon 1 mempunyai kes denggi tertinggi iaitu di kawasan Pangsapuri Angsana diikuti SS12 hingga SS19.

PC Hannah Yeoh Pejabat Tanah di Kompleks 3C PJS (3)“Masyarakat perlu berganding bahu dengan sikap bertanggungjawab dan bukan hanya mengharapkan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Kita dalam usaha mengadakan perbincanga lanjut dengan badan bukan kerajaan, Malaysian Association of Environmental Health berkenaan cara lebih berkesan untuk menghapus pembiakan aedes di kawasan hotspot DUN Subang Jaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika program Gotong Royong Perdana Hapus dan Banteras Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes kawasan SS15, di sini, hari ini.

Katanya, kerana sikap bersepadu Squad Denggi rukun tertangga SS15 mengadakan gotong-royong setiap tahun berjaya membuahkan hasil apabila tiada kes denggi dilaporkan di kawasan itu.

“Saya berharap untuk Belanjawan 2016 yang akan diadakan 30 Oktober ini, unit kesihatan di semua PBT akan diberi bajet mencukupi untuk menjalankan program pembersihan.

“Ia menunjukkan peningkatan seiring dengan pertambahan kawasan sejak penyakit demam denggi, kencing tikus dan anjing gila dikesan,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.