Categories
SELANGOR

405 terima manfaat Program Sihat Selangor

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 12 NOV: Seramai 405 individu menerima manfaat bantuan Program Sihat Selangor bagi membantu golongan kurang berkemampuan menerima rawatan kesihatan.

Exco Kesihatan, Dr Daroyah Alwi, sehingga kini jumlah yang sudah dibelanjakan Kerajaan Negeri bagi tujuan berkenaan lebih RM1.2 juta.

“Antara bantuan rawatan yang diberikan adalah dialisis, katarak, pembedahan kecil dan rawatan lain serta kaki palsu.

yb daroyah -edit 1“Bagi rawatan dialisis, 250 penerima bantuan dengan kelulusan lebih RM854,000, rawatan katarak mata (9) dengan jumlah RM27,266 dan pembedahan kecil seramai 17 penerima yang bernilai RM53,412.

“Manakala, rawatan kaki palsu adalah 13 individu yang berjumlah RM42,100 dan lain-lain rawatan seramai 86 penerima dengan kelulusan RM263,697,” katanya dalam Sidang Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Katanya, usaha itu untuk memastikan semua yang terbabit mendapat pemeriksaan terbaik sebagai tanda kerajaan prihatin dan peduli rakyat.

“Sebelum itu, Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan RM2 juta dalam membantu mengurangkan kos rawatan dan beban pesakit berpendapatan rendah, warga emas dan orang kelainan upaya (OKU).

“Usaha ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadi negeri berkebajikan dalam mensejahterakan rakyat di Selangor,”katanya.

Peruntukan bagi setiap rawatan adalah berbeza antaranya dialisis buah pinggang, pembedahan kecil dan kaki palsu diberi tidak melebihi RM5,000

Manakala, pembedahan katarak mata tidak melebihi RM1,200,dan lain-lain rawatan seperti peralatan kesihatan juga tidak melebihi RM5,000.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.