Categories
NASIONAL

Obama perlu nyata pendirian skandal 1MDB Najib

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 12 NOV: Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama patut menyentuh isu 1Malaysian Development Berhad (1MDB) ketika bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam lawatannya ke negara ini.

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Wong Chin Huat, berkata sikap enggan menyentuh skandal 1MDB memberikan persepsi negatif Pentadbiran White House hanya berminat menjaga kepentingan geopolitiknya sahaja.

najib-and-obama-in-2011Katanya, hal ini berikutan pentadiran Najib diketahui seluruh dunia berhadapan isu akuntabiliti masih tidak menerima sebarang teguran Obama.

“Jika Obama tidak bertanyakan isu 1MDB dan isu kebebasan kepada Najib membuktikan Obama hanya berminat mempersoalkan pentadbiran negara mempunyai akuntabiliti demi kepentingan geopolitiknya,” kata Chin Huat.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Bersih 2.0 dan Suaram (Suara Rakyat Malaysia) di pejabat Bersih di sini, hari ini.

Bersih 2.0 turut menggesa Kerajaan Persekutuan menggugurkan siasatan dan pertuduhan bermotifkan politik terhadap aktivis masyarakat dan juga ahli politik pembangkang.

“Kerajaan tidak wajar berlakon seolah-olah negara mengamalkan demokrasi di hadapan tetamu antarabangsa tetapi sebaliknya dalam diam menjadi duri dalam amalan demokrasi sihat di negara ini.

“Kerajaan ini diseru menghentikan langkah menindas menggunakan undang-undang ini dan menumpukan secara ikhlas kepada penambahbaikan institusi undang-undang demi kebaikan rakyat,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.