Categories
SELANGOR

700 rondaan langkah agresif kekang pencerobohan hutan

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 2 NOV: Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) melaksanakan beberapa langkah proaktif dan agresif bagi mengekang pencerobohan rizab hutan simpanan kekal.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong (PKR Bukit Lanjan), berkata hampir 700 rondaan dilakukan Jabatan Perhutanan Negeri dan Pejabat Hutan Daerah sehingga Ogos 2015.

hutan selangorKatanya, dalam tempoh sama, 25 tangkapan dilakukan dan kesemuanya memihak kepada JPNS di peringkat penghakiman mahkamah.

“Malah, terdapat juga kes apabila pesalah menerima hukuman penjara.

“Kita turut melakukan pemantauan udara, pemantauan menerusi imej satelit serta program kesedaran,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS).

Beliau menjawan soalan lisan daripada Ng Suee Lim (DAP Sekinchan) berhubung usaha pemeliharaan hutan oleh Kerajaan Negeri.

dron615Elizabeth berkata, program ‘Moratorium 25 Tahun Pembalakan’ menghalang sebarang aktiviti pengusahahasilan hutan di dalam hutan simpanan kekal selama 25 tahun bermula 2010 hingga 2035.

“JPNS juga sediakan pelbagai dokumen berhubung perancangan dan pengurusan hutan selaras standard nasional dan antarabangsa,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.