Categories
SELANGOR

Azmin: “Basheer berani macam saya”

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 9 NOV: Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menyatakan anak lelakinya yang berusia 15 tahun tidak gentar untuk memberikan keterangan kepada  polis.

Dalam nada bergurau, Mohamed Azmin memberitahu anaknya mewarisi keberanian beliau.

Anak azmin“Dia tidak takut, tengok ayah dia lah. Dia pergi ke sekolah awal pagi jam 7.30 pagi tadi untuk duduki peperiksaan awal pagi yang bermula pada 8.30 pagi hingga 2.30 petang,” katanya kepada media di Ibu Pejabat SYABAS.

Mohamed Azmin menerusi twitter semalam memaklumkan anaknya, Basheer dipanggil polis untuk memberikan keterangan berhubung dakwaan terbabit dalam perhimpunan Bersih 4 pada Ogos lalu.

Jelasnya, beliau sudah menyerahkan perkara ini kepada peguamnya untuk diambil tindakan dan perhatian.

“Saya telah memaklumkan kepada peguam,” katanya.

Sebelum itu, memetik laporan portal The Malaysian Insider, polis bersetuju untuk membenarkan anak lelaki Mohamed Azmin menamatkan peperiksaannya terlebih dahulu sebelum merakamkan keterangan.

Difahamkan, tarikh baru untuk memberikan keterangan pada 25 November ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.