Categories
SELANGOR

Kesesakan trafik di Bandar Sungai Long dapat perhatian

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 12 NOV: Kerajaan Negeri sedia mempertimbangkan bantuan kewangan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di Bandar Sungai Long.

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah (DAP Seri Kembangan), berkata kos RM19 juta tidak mampu ditanggung Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

DNS-2015-smallKatanya, inisiatif dicadangkan adalah membina jalan alternatif dari Bandar Sungai Long ke Cheras Selatan.

“Berdasarkan cadangan perunding, terdapat dua komponen yang perlu dilaksanakan bagi penyuraian trafik ekoran pembangunan rancak di situ.

“Memandangkan kos ini terlalu tinggi dan tidak mampu dilaksanakan MPKj, maka mereka akan mengemukakan permohonan mendapatkan bantuan kewangan,” katanya ketika sesi perbahasan belanjawan usul pembangunan di Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

Ean Yong berkata, komponen pertama yang dicadangkan adalah pembinaan lencongan jalan untuk trafik dari arah Lebuhraya Cheras-Kajang.

Komponen kedua adalah pembinaan ‘dedicate ramp-up’ dari Bandar Sungai Long ke Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK).

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.