Categories
SELANGOR

MB: Indonesia contoh kejayaan gerakan muslim demokrat

Oleh : AFEEQA AFEERA

JAKARTA, 24 NOV: Indonesia adalah antara contoh terbaik negara Asia Tenggara yang membentuk demokrasi Islam terbesar di dunia, kata Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, gerakan muslim demokrat adalah penting dan diperlukan memandangkan dunia Islam hari ini menghadapi ancaman keganasan getir termasuk perang saudara.

bersama Former ASEAN Secretary H E Surin Pitsuwan (di depan )a“Dalam kegelapan ini, gerakan muslim demokrat pastinya muncul untuk membawa cahaya bukan hanya kepada agama Islam dan umatnya, tetapi seluruh masyarakat global.

“Apakah bukti gerakan muslim demokrat akan berjaya? Buktinya adalah Indonesia berjaya menjadi sebuah negara demokrasi Islam besar di dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Persidangan Forum Dunia untuk Muslim Demokrat kali kedua di Hotel Le Meridien, Jakarta, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif Pusat Habibie Indonesia, Rahimah Abdulrahim dan bekas Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Surin Pitsuwan.

Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, negara perlu mencontohi demokrasi pancasila (lima prinsip) Indonesia yang mementingkan toleransi dan berteraskan nilai murni Islam.

“Masyarakat Islam Indonesia tidak perlu menyebut ia sebagai negara demokrasi islam, sebaliknya demokrasi Indonesia adalah pancasila yang juga mempunyai nilai Islam,” katanya.

Beliau juga menzahirkan kegembiraan berada di Jakarta setelah hampir 50 tahun Malaysia dan Indonesia menamatkan konfrontasi yang sebelum ini merugikan negara.

“Usaha menamatkan konfrontasi ini adalah insiatif Indonesia yang menamatkan persengekataan merugikan kedua-dua negara.

“Penamatan konfrontasi seterusnya menjadi pemangkin pembentukan ASEAN yang kini menjadi rakan kepada kuasa besar,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.