Categories
SELANGOR

MB: Kampung tradisi terus dimajukan

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 2 NOV: Kerajaan Negeri belum mempunyai cadangan untuk membangunkan kawasan penempatan kampung tradisi yang baru di negeri ini.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata hal itu ekoran keluasan penempatan kampung tradisi di tanah rezab Melayu mempunyai keluasan kecil.

Sidang DNSKatanya, Kerajaan Negeri tetap membangunkan kampung tradisi sedia ada seperti diumumkan dalam Belanjawan 2016.

“Pembangunan tanah yang dilaksanakan sebelum ini bagi tempoh dua tahun berbentuk kediaman. Kita tidak dapat laksanakan lebih banyak kerana keluasan tanah terhad serta terbatas untuk semua jenis pembangunan.

“Kerajaan Negeri tidak mempunyai cadangan setakat ini untuk membangunkan kampung tradisi yang baru,” katanya di Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) menjawab soalan Mohd Haslin Hassan (PAS-Tanjung Sepat).

Mohamed Azmin (PKR-Bukit Antarabangsa) berkata, jumlah keluasan tanah rezab Melayu di Selangor yang dibangunkan dalam tempoh dua tahun iaitu 2013 hingga 2015 seluas 366.45 ekar.

“Kalau dilihat dari keluasan, kita dapati ia jumlah agak kecil memandangkan kebiasaannya dalam keluasan kecil dan milik individu,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.