Categories
SELANGOR

MB: Kuasa dan pengaruh punca kemusnahan dunia

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 25 NOV: Keganasan dan kemusnahan yang berlaku di dunia hari ini tiada kaitan dengan agama Islam sebaliknya terarah kepada kuasa dan pengaruh.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata kebanyakan pihak yang cenderung kepada keadaan itu memberi alasan mereka bertindak atas arahan Islam atau jihad.

Beliau berkata, Islam mendidik umatnya supaya bersifat sederhana dan mengamalkan nilai murni tanpa perlu mendekati keganasan.

IMG_1811a“Kita tahu ia satu pembohongan, tindakan mereka sebenarnya tidak kaitan dengan agama, perang suci, atas nama Allah atau pada jalan Islam walaupun sedaya upaya mahu kelihatan seperti itu.

“Pembunuhan kejam, pengeboman, penculikan dan tindakan keganasan lain juga tidak berkaitan dengan Islam sebagai tamadun,” katanya pada persidangan Forum Dunia untuk Muslim Demokrat di Hotel Le Meridien, Jakarta, Indonesia, semalam.

Mohamed Azmin turut mengutuk serangan kejam di bandar Paris yang mengorbankan banyak nyawa dan menggesa supaya pelaku dibawa ke muka pengadilan.

Katanya, semua pihak tidak harus melupakan insiden keganasan di Palestin yang masih tiada penghujung dalam kerancakan mengutuk serangan di Paris.

bumi palestin“Nasib rakyat Palestin nampaknya dilupakan sehingga insiden lain meletus dan media dikawal Barat akan sentiasa memastikan mereka dipersalahkan.

“Hakikatnya, penduduk Palestin dirampas tanah air mereka dan perlu bermati-matian hanya untuk membebaskan diri daripada “penjara” di wilayah itu,” katanya.

Pada masa sama, katanya, nasib Islam minoriti di Rohingya terus dibimbangi walaupun kemenangan berpihak kepada Aung San Suu Kyi yang menjamin hak demokrasi.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.