Categories
SELANGOR

MBSA anjur KOLEKTIF 15 semarak seni sastera

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 27 NOV: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan mengadakan program KOLEKTIF 2015 sebagai usaha memperkasa bandar raya itu sebagai Kota Seni.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Shahrin Ahmad, berkata program dua hari bermula 28 hingga 29 November itu menekankan ilmu pendidikan dan ilmiah merangkumi soal kesusasteraan, seni dan budaya.

MBSA“KOLEKTIF 2015 merupakan program gabungan cabang seni yang berbentuk pendidikan, bengkel kreatif, forum interaktif, syarahan umum, bicara tokoh, pertunjukan pentas dan pameran seni.

“Ia juga dilaksanakan bertujuan menyemarakkan aktiviti seni budaya, memperkenalkan pelbagai genre seni kepada masyarakat dan memupuk semangat intelektualisme di kalangan individu,” katanya dalam kenyatan.

Katanya, orang ramai di jemput hadir menyertai pelbagai program seperti bengkel teater, penulisan kreatif, travelog dan seni lukis bertempat di Galeri Shah Alam.

“Mereka juga turut berpeluang menonton filem ‘Chowrasta’ yang akan ditayangkan secara eksklusif

“Lebih menarik berlangsung bicara tokoh bersama sasterawan dan budayawan negara iaitu Sn Datuk Dr Zurinah Hassan, Sn Datuk Dr Anwar Rethwan dan Datuk Dr Ibrahim Ghaffara yang akan mengupas sudut pandangan seni budaya bertajuk Seni Sendi Negara,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.