Categories
SELANGOR

Naik taraf Rumah The Gap rancakkan pelancongan Hulu Selangor

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 4 NOV: Kerajaan Negeri sedang menjalankan kerja naik taraf Rumah The Gap membabitkan kos melebihi RM7 juta, sekali gus membangunkan lagi produk pelancongan di Hulu Selangor.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong, berkata perbincangan lanjut berhubung perkara itu akan dibuat bersama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Elizzabeth Wong“Tourism Selangor bersama Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dalam proses melengkapkan dokumen permohonan peruntukan dan akan mengemukakan kepada kementerian.

“Sebelum ini, dua pihak terbabit dengan kerjasama Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Selangor mengadakan pertemuan rasmi bersama kementerian, pada 2 Oktober lalu.

“Pembentangan turut dibuat terhadap permohonan peruntukan pembangunan produk pelancongan di daerah itu,” katanya dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan Lee Kee Hiong (DAP-Kuala Kubu Bharu) berhubung perkara berkenaan.

Wong (KEADILAN-Bukit Lanjan) berkata, MDHS juga akan mengemukakan permohonan penwartaan rumah rehat terbabit sebagai Bangunan Warisan Kebangsaan kepada Jabatan Warisan Negara.

“Namun, ia akan dibuat selepas selesai kerja konservasi dan pemuliharaan seperti disyaratkan jabatan berkenaan,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.