Categories
SELANGOR

Turun 33 fi lesen, peniaga kecil dikecualikan bayaran

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 6 NOV: Kerajaan Negeri menjangkakan 33 kategori fi lesen akan diturunkan bagi membantu golongan peniaga berhadapan kelembapan ekonomi, pada tahun 2016.

Exco Kerajaan Tempatan, Ean Yong Hian Wah, berkata Kerajaan Negeri turut mengambil langkah mengecualikan fi lesen kepada peniaga kecil tahun hadapan.

Ean Yong Hian Wah“Hasil semakan awal, 33 kategori fi lesen dijangka akan diturunkan memandangkan ekonomi semakin merosot dan Kerajaan Negeri komited membantu peniaga terutama bagi peniaga kecil dengan cara fi lesen dikecualikan kepada penjaja kecil untuk tahun 2016,” katanya.

Hian Wah berkata demikian ketika menjawab soalan Shahrum Mohd Sharif (BN-Dengkil) pada hari keenam Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2016 berkata, fi lesen perniagaan penjaja kecil, pasar malam dan pasar tani dikecualikan cukai.

Selain peniaga kecil, pemilik rumah kos rendah dan rumah kampung turut menikmati faedah dikecualikan cukai taksiran bagi tahun 2016.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.