Categories
SELANGOR

Teater atas pokok dipentas November

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 3 NOV: Sebuah persembahan teater berpentaskan pokok yang bertajuk ‘Atas Pokok’ bakal diadakan pada November ini, kata Exco Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari.

Katanya, RM120,000 diperuntukkan bagi menjayakan teater hasil karya Sasterawan Negara, Usman Awang yang akan berlangsung di Shah Alam.

AMIR“Ia akan dilaksanakan kumpulan Seniman Paksi Rakyat (PAKSI) untuk mengiktiraf naskhah agung yang mengangkat tema kemanusiaan. Ia sesuai untuk penghayatan masyarakat.

“Ini adalah sesuatu yang unik apabila pokok dijadikan pentas. Ia pertama di Malaysia mungkin juga dunia,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Saari Sungib (PAS-Hulu Klang) berhubung peruntukan bagi menyokong kegiatan teater di Selangor.

Pada 2009, peruntukan RM100,000 dikeluarkan khusus untuk persembahan teater ‘Surah Junjungan’ yang berlangsung di Shah Alam.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.