Categories
SELANGOR

Desa Darul Ehsan serah kunci pada mangsa banjir Manik Urai

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 12 DIS: Seramai 30 mangsa banjir Manek Urai yang kehilangan rumah akibat banjir besar tahun lalu menerima kunci rumah Desa Darul Ehsan, pada 8 Disember lalu.

Majlis Penyerahan kunci disampaikan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad bertempat di Manek Urai, Kelantan.

rumah manik urai 12Menurut laman Facebook Iskandar Samad, penyerahan bagi fasa kedua dan penyerahan keseluruhan projek sebanyak 30 unit bakal dilaksanakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali bersama Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Februari ini.

Sebanyak 60 unit dibina Kerajaan Selangor di kawasan seluas tujuh ekar membabitkan kos RM6.2 juta.

Pelancaran bagi projek itu disempurnkan Mohamed Azmin, pada 17 Jun lalu.

Difahamkan, hampir setahun 60 mangsa banjir yang terpaksa berteduh di rumah transit menumpang di tanah rezab sungai dan Kereta Api Tanah Melayu akibat banjir besar itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.