Categories
SELANGOR

Sultan: Tahniah Red Giants

SHAH ALAM, 7 DIS : DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyampaikan ucapaan tahniah kepada pasukan dan pemain bolasepak Selangor ekoran kejayaan melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Malaysia.

Ucapan baginda disampai Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menerusi kenyataan hari ini.

“Baginda juga menitahkan penyokong Gergasi Merah dan rakyat Selangor untuk terus memberikan sokongan di perlawanan akhir dalam tekad untuk menjulang Piala Malaysia setelah 10 tahun terlepas peluang daripada memenangi kejohanan berprestij itu.

“Kerajaan Negeri juga merasa amat gembira di atas kejayaan pasukan Gergasi Merah meraih kemenangan dan mengambalikan kecemerlangan sukan bolasepak Selangor,” katanya.

CVjQhcNUkAAQ6HaSelangor layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia apabila menewaskan Pahang 2–0 dalam saingan separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Dengan kejayaan itu, Selangor akan bertemu Kedah di akhir yang layak dengan agregat 4 – 3 apabila menewaskan Felda United 2 – 1 di Stadium Darul Aman.

“Kerajaan Negeri menggesa supaya para penyokong kedua-dua pasukan, Selangor dan Kedah yang hadir di perlawanan akhir nanti akan mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi tanpa melunturkan sokongan padu kepada pasukan masing-masing,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.