Categories
NASIONAL

KEADILAN cabar Pengerusi SPR baru laksanakan reformasi pilihan raya

SHAH ALAM 21 JAN: KEADILAN mencabar Pengerusi Baru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah melaksanakan reformasi segera sistem pilihan raya negara dalam tempoh tiga bulan.

Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, berkata antara perubahan adalah Hashim perlu segera menyiasat Perdana Menteri bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 atas dakwaan berbelanja lebih had dalam pilihan raya.

Katanya, Pengerusi SPR baru punyai peluang untuk membuktikan SPR bebas dan adil.

Nurul-Izzah“Peluang ini datang hanya sekali,” katanya.

“Mahukah Hashim mahu diingati sebagai pengerusi SPR yang hanya meneruskan legasi pak turut parti pemerintah, ataupun seorang yang benar-benar menjalankan tugas seperti ditegaskan di dalam Perlembagaan Persekutuan?,” kata Nurul Izzah dalam kenyataan medianya.

Katanya, beliau mengingatkanHashim lebih 250 ribu rakyat yang turun ke jalanan melahirkan kecewa terhadap SPR yang dilihat mengguna pakai kuasa yang ada sekadar mengekalkan kuasa sebuah barisan politik semata-mata.

“Rakyat gagal melihat bahawa SPR bebas dan adil,” katanya.

Nurul Izzah berkata dalam kes dakwat kekal, Hakim Mahkamah Rayuan Prasad Abraham dalam penghakiman beliau berkata menjadi tugas utama SPR untuk menjalankan tugas menurut Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, dalam kes itu jelas SPR tidak menjalankan tugas mereka dengan adil.

“SPR perlu berusaha mendaftarkan pengundi secara automatik apabila mencapai umur 21 tahun, kempen pilihan raya umum lebih panjang, dan akses media adil bagi kesemua parti politik bertanding,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.