Categories
EXCO SELANGOR

EXCO: Pengurusan Pusat Berdaya Wanita ditambah baik

SHAH ALAM, 6 DIS: Beberapa penambahbaikan dilaksana pengurusan Pusat Wanita Berdaya (PWB) selepas diambil alih Wanita Berdaya Selangor (WBS) Sdn Bhd pada Mei lalu.

EXCO Pembangunan Wanita dan Keluarga Dr Siti Mariah Mahmud berkata tambah baik itu termasuk urusan pembayaran vendor, elaun, kertas kerja dan pengurusan dokumentasi.

“Kertas kerja sebelum ini dihantar secara fizikal, kini menggunakan emel. Namun, laporan program masih perlu dihantar secara fizikal atas tuntutan peraturan kewangan.

“Pembayaran vendor dilakukan melalui invois sebelum program dijalankan manakala elaun dibayar setiap bulan tanpa perlu laporan program dan prestasi kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan wakil rakyat Balakong Wong Siew Ki mengenai penambahbaikan PWB pada Sidang Dewan Negeri Selangor, hari ini.

Menurut Dr Siti Mariah, PWB juga menerima peruntukan maksimum RM3,200 sebulan untuk lapan program dibawah pentadbiran WBS.

“Peruntukan ini boleh diguna untuk tujuan mencetak bahan, elaun ahli jawatankuasa dan pusingan program akan datang tanpa perlu mengemukakan resit,” katanya.

PWB pada awal penubuhannya diletakkan di bawah pentadbiran Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) dan pejabat EXCO Pembangunan Wanita dan Keluarga.

Pengurusan PWB kemudian diambil alih oleh WBS yang diletakkan di bawah Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI pada Mei lalu.

Categories
ADN SELANGOR

Peserta PWB dinasihat berniaga, majukan diri

SHAH ALAM, 23 OGOS: Golongan wanita yang menyertai aktiviti anjuran Pusat Wanita Berdaya (PWB) dinasihat menceburi perniagaan bagi mempelbagaikan sumber pendapatan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru Fakhrulrazi Mokhtar berkata ini kerana golongan itu mampu berdikari dan memajukan diri dengan ilmu dipelajari daripada program yang dianjurkan.

“Mereka (wanita) antara golongan beruntung kerana Kerajaan Negeri menyediakan pelbagai bidang kemahiran berpotensi besar termasuk kerja yang boleh dibuat di rumah.

“Saya harap wanita di Selangor tidak melepaskan peluang untuk manfaatkan ilmu yang mereka belajar menerusi program atau kelas anjuran PWB bagi menjana pendapatan. Jangan belajar separuh jalan sahaja,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, PWB Meru menganjurkan program Bengkel Membuat Cenderahati Coklat membabitkan penyertaan 35 peserta wanita yang terdiri dalam kalangan suri rumah di dewan undangan negeri tersebut.

Categories
SELANGOR

Perkasa IWB, PWB tingkatkan pembuat dasar wanita

OLEH NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA, 15 JAN: Kerajaan Negeri komited untuk mempergiatkan lagi program pemberdayaan wanita melalui dua agensi utama iaitu Institut Wanita Berdaya (IWB) dan Pusat Wanita Berdaya (PWB).

EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemerdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, PWB adalah platform utama wanita untuk mendapatkan latihan pengupayaan menerusi aspek kepimpinan, pembinaan kapasiti dan kemahiran asas.

Katanya, ia sebagai persediaan untuk wanita diangkat ke tahap yang lebih tinggi sekali gus menjadi pemimpin di peringkat komuniti, daerah dan negeri.

“Untuk melihat pembabitan wanita dalam politik, kita perlu pemimpin wanita di peringkat akar umbi.

“Ia akan membolehkan kita memilih pemimpin wanita yang berkualiti dan membolehkan golongan ini menjadi pembuat dasar di peringkat lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian Seminar Nasional Wanita dan Politik: Ke mana hala tuju politik negara, di Hotel Armada, di sini, hari ini.

Dr Mariah berkata, fenomena kemajuan dunia, perkembangan ilmu pengetahuan dan ke pelbagai aktiviti sosial masyarakat ketika ini memerlukan pembabitan wanita secara aktif sebagai pembuat keputusan politik, ekonomi dan sistem pilihan raya.

Justeru, katanya, peranan semula jadi yang pelbagai akan membentuk paradigma untuk nilai tambah kepada pemain politik sedia ada.

“Nilai tambah seperti empati, peduli dan bersifat rahmah ini bukan sahaja berkualiti, tetapi prihatin dalam usaha memberdaya dan mengupaya generasi baru yang merupakan pelapis masa hadapan,” katanya.

Pada masa sama, Dr Mariah berkata, pembabitan wanita dalam politik signifikan sejak zaman kemerdekaan.

Katanya, situasi itu dilihat ketika pilihan raya pertama peringkat tempatan pada 1952, iaitu empat calon wanita mengambil bahagian daripada 32 calon bertanding untuk kerusi Dewan Bandaran Kuala Lumpur.

“Keputusan Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) lalu, memperlihatkan rakyat Selangor mengangkat 12 orang Ahli Dewan Negeri (ADN) wanita, manakala tiga daripadanya memenuhi kuota sebagai EXCO.

“Tiga pihak berkuasa tempatan (PBT) juga mencapai hampir sasaran dengan 29.16 peratus.

“Ini membuktikan komitmen Kerajaan Negeri merealisasikan dasar 30 peratus wanita sebagai pembuat dasar,” katanya.

 

Categories
NASIONAL WANITA & KEBAJIKAN

Jadi mentor, upaya sosio-ekonomi wanita

OLEH SHEEDA FATHIL

PETALING JAYA, 14 JAN: Wanita KEADILAN zon tengah digalak mampu menjadi mentor kepada wanita zon lain untuk merancakkan ekonomi golongan terbabit.

Ketua Wanita KEADILAN, Haniza Talha berkata, ia kerana wanita KEADILAN zon tengah mempunyai Pusat Wanita Berdaya (PWB) yang berfungsi meningkatkan status sosio-ekonomi wanita.

“Saya optimis kemahiran yang diperoleh wanita KEADILAN zon tengah dalam PWB mampu memberi tunjuk ajar dan menjadi mentor kepada wanita di zon lain.

“Itu antara agenda kita iaitu mahu memberi fokus melahirkan lebih ramai usahawan berjaya dalam kalangan wanita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Konvensyen Wanita KEADILAN 2019 Selangor dan Wilayah Persekutuan serta Pelancaran Kempen Membanteras Keganasan Terhadap Wanita, di Auditorium Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini, semalam.

Turut hadir, Naib Presiden KEADILAN, Zuraida Kamaruddin; Ketua Wanita KEADILAN Selangor, Dr Daroyah Alwi dan Ketua Wanita Wilayah Persekutuan, Idawate Pariman.

Antara zon lain adalah membabitkan wanita KEADILAN zon Johor, Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang, Perak, Kedah, Sabah dan Sarawak

Pada masa sama, Haniza berkata, satu pertemuan sedang diatur untuk bertemu Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Sri Mohamed Azmin Ali bagi membincangkan strategi mengembangkan ekonomi wanita seluruh Malaysia.

Terdahulu, konvensyen zon tengah yang menghimpunkan hampir 500 jawatankuasa wanita KEADILAN Selangor dan Wilayah Persekutuan itu bertujuan memperkenalkan saf kepimpinan wanita peringkat pusat dan negeri.

Categories
SELANGOR

PWB: Peruntukan naik, program ditambah

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 16 NOV: Pusat Wanita Berdaya (PWB) terus diupaya dengan penambahan peruntukan RM50,000 tahun hadapan sekali gus membolehkan pelbagai program membabitkan wanita Selangor dirangka.

Exco Kesihatan Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, bagi tahun ini PWB setiap kawasan hanya mampu melaksana 12 program sahaja menerusi peruntukan RM30,000.

“Alhamdulillah, peruntukan tambahan berjumlah RM50,000 untuk PWB diterima sekali gus ia akan diguna pakai untuk memperbanyakkan program pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tambahan peruntukan PWB pada Majlis Kerjasama MoU Biasiswa Rekaseni IWB dan Kolej Pengajian Tinggi Raffles di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini.

Terdahulu, dalam Belanjawan 2018, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan peruntukan PWB sebanyak RM30,000 ditambah menjadi RM50,000 setahun.

Disamping itu, Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri mengakui kejayaan PWB menyuntik dinamisme dalam masyarakat melalui program pemberdayaan ekonomi dan program bersifat advokasi

“Ia dilaksanakan demi memberdaya penyertaan wanita dalam ekonomi sebagai tenaga kerja mahir, usahawan dan pakar teknologi serta melahirkan wanita Selangor yang berdaya untuk membangun sebuah masyarakat maju dan progresif,” katanya.

Categories
SELANGOR

RM3.4 juta jayakan 2,281 program PWB

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 5 OKT: Sekurang-kurangnya 2,281 program dilaksanakan 56 Pusat Wanita Berdaya (PWB) di seluruh Selangor, setakat Jun lalu.

Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, kesemuanya dilaksanakan menerusi perbelanjaan pembangunan oleh Kerajaan Negeri berjumlah RM3.4 juta.

“Sejak dilaksanakan sepenuhnya pada 2015, kita melantik penyelia bagi mengurus dan merancang aktiviti serta program pemberdayaan wanita setempat di peringkat akar umbi.

DAROYAH“Program dan aktiviti PWB berasaskan falsafah Hormat Wanita bagi meningkatkan penglibatan wanita secara inklusif dalam membentuk keperibadian wanita berilmu, berkemahiran dan bijak mengurus ekonomi keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Institut Wanita Berdaya (IWB) dan Dasar Wanita Selangor, di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini, semalam.

Pada masa sama, Daroyah berkata, Kerajaan Negeri diharap dapat mempertimbang cadangan meningkatkan peruntukan kepada Penyelia PWB daripada RM30,000 kepada RM50,000 setahun.

“Dengan peruntukan lebih tinggi, kita yakin lebih ramai wanita Selangor dapat menerima manfaat.

“Ia seterusnya meningkatkan peluang wanita memperkukuh ekonomi keluarga masing-masing,” katanya.

Categories
SELANGOR

PWB giat anjur aktiviti berdaya wanita

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 13 OGOS: Pusat Wanita Berdaya (PWB) terus giat menganjur pelbagai aktiviti dalam usaha memberdaya wanita setempat membabitkan pendedahan serta kemahiran mengikut perkembangan semasa.

Disetiap hujung minggu, PWB setiap DUN sentiasa melaksanakan program bertujuan meningkatkan ilmu pengetahuan disamping membantu wanita menambah pendapatan sampingan.

Terbaru, PWB DUN Sementa dan PWB DUN Subang Jaya menganjurkan kelas masakan anika roti dan pizza

PWB 1 Dalam perkembangan lain, seramai 80 wanita menyertai Program Pengembangan Kapasiti Kepimpinan dan Pendemokrasian DUN Sabak Bernam dan DUN Sungai Air Tawar.

Sebelum ini, Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi menzahirkan rasa bangga terhadap PWB yang telah berusaha melaksanakan pelbagai program pemberdayaan dan ilmu untuk wanita di kawasan masing-masing.

“Saya berharap usaha ini diteruskan dan semoga segala ilmu diperoleh dapat dimanfaatkan wanita Selangor,” katanya.PWB PWV SEMENTA 1 PWB SEMENTA

Categories
SELANGOR

56 wanita terima watikah penyelia PWB

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 1 OKT: Seramai 56 wanita menerima watikah Penyelia Pusat Wanita Berdaya (PWB) bagi sesi 2016-2018.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, 43 daripadanya merupakan lantikan semula sesi sebelum ini.

“Kita yakin mereka mempunyai pengalaman mengendalikan PWB dan ia pasti membantu melancarkan segala urusan dan program.

“Mereka adalah aset Kerajaan Negeri yang tidak perlu lagi diajar, namun akan terus dipantau dari masa ke masa sama seperti orang baru,” katanya dalam sidang media.

i-supportTerdahulu, beliau menyempurnakan Majlis Penyerahan Penyelia Pusat Wanita Berdaya (PWB) di Acapella Suit Hotel, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Ampang yang juga Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin, Ahli Dewan Negeri (ADN) Selat Klang, Dr Halimah Ali, Tiew Way Keng (ADN Teratai) dan Haniza Talha (ADN Taman Medan).

Daroyah berkata, lantikan baru dibuat selaras dengan kriteria ditetapkan selain memberi peluang kepada muka baru.

“Kita juga mendapatkan maklum balas dan persetujuan ADN di setiap DUN bagi setiap calon penyelia.

“Ini penting bagi memastikan keserasian antara penyelia dan ADN mampu menjamin kejayaan setiap program PWB,” katanya.

-nR-

Categories
SELANGOR

Bengkel roti dan pastri PWB terima sambutan menggalakkan

OLEH: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 24 MAC: Pusat Wanita Berdaya (PWB) terus menerima sambutan menggalakkan daripada golongan wanita di seluruh Selangor apabila berjaya melaksanakan pelbagai program menarik dan berilmu.

Menurut laman facebook PWB Dun Kuang, atas permintaan memberangsangkan daripada orang ramai, PWB Dun Kuang melaksanakn Bengkel Pembuatan Makanan Roti dan Pastri di Dewan JKKK, Kampung Gombak, Kuang, hari ini.

PWB PASTRIManakala di PWB Hulu Bernam akan menganjurkan Kelas Membuat Tempa anjuran bersama JKKK Gesir Tengah dan Kampung Lalang di Balairaya Gesir Tengah pada 26 Mac ini.

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan lagi program. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi di talian 014 226 0369.

-nR-

Categories
SELANGOR

Latihan PWB beri impak positif

SHAH ALAM, 4 JAN: Usaha dan latihan berterusan dari Pusat Wanita Berdaya (PWB) membuahkan hasil positif sejak ia dilancarkan Kerajaan Negeri.

Ia terbukti apabila dua usahawan wanita Selangor memperkenalkan menu yang dipelajari melalui program PWB sebagai menu utama restoran mereka.

Exco Kebajikan, Kesihatan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata kejayaan mereka mempelajari pelbagai latihan bukan sahaja melalui masakan, tetapi juga produk.

PWB“Dua usahawan, Roslinda dan Ariza menjadikan menu Nasi Arab Muqlabah, Mee Sizzling dan Tauhu Boom yang dipelajari mereka dari PWB sebagai menu utama restoran.

“Ia sangat membanggakan apabila usaha yang dilakukan PWB mendapat perhatian daripada semua golongan wanita,” katanya di Facebook.

Pada masa sama, Daroyah berharap PWB akan terus mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat baik di kawasan bandar mahupun luar bandar.

“PWB sentiasa memberikan khidmat terbaik supaya golongan wanita berusaha menambah pendapatan keluarga di samping menjadikannya sebagai kerjaya,” katanya.

PWB Selangor kini giat menjalankan pelbagai aktiviti di setiap DUN, antaranya Spa Terapi, Andaman Pengantin Muslimah, Deko Kek, Ukiran Buah, dan lain-lain.

Pada 2016, Kerajaan Negeri memperuntukan RM2.81 juta dalam bagi program mempertingkatkan kemahiran wanita.

-AA-

Categories
SELANGOR

PWB ke Sarawak, misi bertukar ilmu

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 21 DIS: Bagi melebarkan sayap perkongsian ilmu dan kraf tangan, Pusat Wanita Berdaya (PWB) Selangor merentasi lautan ke Sarawak bermula 17 hingga 20 Disember lalu.

Program yang diketuai Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi itu bertujuan untuk saling bertukar pandangan dan ilmu disamping mengeratkan silaturahim antara dua negeri.

PWB SARAWAK (2)Menerusinya, ahli PWB berkongsi ilmu penyediaan roti dan cupcake dengan mendekati wanita di Kampung Tupong Baru, Sarawak.

Sementara wanita di Kampung terbabit memberi pendedahan bagaimana cara penyediaan kek lapis Sarawak yang sebenar.

Mereka turut berkongsi cara penyediaan kraftangan seperti rantai kunci, kerongsang dan menghias tudung saji.

PWB SARAWAK (1)Difahamkan, misi PWB Selangor ke Sarawak turut dipanjangkan ke Kampung Batu Kitang Lama dan disambut dengan gembira oleh penduduk disana.

Mereka juga turut saling bertukar petua dan resepi berbeza yang boleh diamalkan.

-nR-

Categories
SELANGOR

Selangor lebih hargai potensi wanita

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 16 NOV: Sektor wanita tidak harus dikategorikan sebagai perbelanjaan kebajikan dalam penyediaan belanjawan negeri atau negara.

Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail, berkata perbelanjaan wanita seharusnya diletakkan menerusi perbelanjaan pembangunan untuk menjamin kesan jangka masa panjang.

Katanya, tindakan meletakkan wanita berterusan di bawah label kebajikan seolah merendah-rendahkan potensi besar wanita dalam pembangunan.

rodziah“Ini yang dilakukan Kerajaan Persekutuan, perbelanjaan itu selalunya diletak di bawah kebajikan, jadi bagaimana wanita dapat manfaat jangka panjang.

“Belanjawan bagi tahun 2016 juga jelas tiada perbelanjaan khusus untuk wanita, ini adalah sesuatu yang amat mengecewakan,” katanya kepada Selangor Kini.

Pada 23 Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Belanjawan 2016 dengan peruntukan RM267 bilion.

Pada 30 Oktober lalu, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali pula mengumumkan Belanjawan Selangor 2016 dengan peruntukan RM2.88 bilion bertemakan ‘Membangun Smart Selangor Yang Peduli’.

PWBSelangor antaranya memperkenal ‘Homemaker Program’ serta menambah peruntukan Pusat Wanita Berdaya (PWB) bagi menjayakan program baru, PWB Shoppe.

Rodziah berkata, usaha Kerajaan Selangor lebih ke hadapan dan menghargai potensi wanita dalam menyumbang kepada pembangunan negeri.

“Saya yakin dengan komitmen kepimpinan negeri dan wakil rakyat, wanita Selangor pasti akan menjadi contoh kepada wanita negeri lain dalam menjalani kehidupan lebih mencabar hari ini,” katanya.

-nR-