Categories
SELANGOR

Mangsa kebakaran terima bantuan segera RM500

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 29 JAN: Sejumlah RM500 disumbangkan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi membantu mangsa kebakaran di Kampung Pasir Putih, Kalumpang pada 28 Januari lalu.

LZS dalam satu paparan di Facebook berkata, sumbangan itu adalah sebagai pendahuluan untuk menampung keperluan mangsa sekeluarga.

LZS bantuan“Tahap kemusnahan adalah sebanyak 50 peratus dan status kediaman adalah rumah sendiri.

“Bantuan susulan akan disalurkan kemudian melihat kepada keperluan keluarga ini,” katanya.

Bantuan diserahkan Pegawai Agihan Zakat Daerah Hulu Selangor kepada mangsa, Burhanudin Nordin.

LZS berkata, Burhanudin adalah amil qariah Kalumpang yang banyak membantu badan itu terutamanya dalam penyaluran maklumat dan menjejaki golongan yang layak untuk dibantu.

“Semoga Burhanudin tabah dengan dugaan dihadapi.

“Terima kasih pembayar zakat. Zakat anda kami salurkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.