Categories
SELANGOR

PBT dan pihak berkuasa perlu bekerjasama atasi isu sampah haram

Oleh : HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 11 JAN : Penubuhan jawatankuasa pemantau dan bertindak terhadap dalang bagi aktiviti pembuangan sampah haram menggambarkan kesungguhan Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah itu di Selangor.

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah, berkata cadangan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, bagi penubuhan jawatankuasa itu adalah wajar supaya masalah berkaitan dapat ditangani.

yb ean -web 3“Saya menyokong cadangan Menteri Besar itu,” katanya kepada SelangorKini di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan semua pihak berkuasa lain perlu menyokong dan bekerjasama penuh bagi menjayakannya.

“Sokongan dan kerjasama padu daripada semua untuk jawatankuasa ini penting supaya isu sampah haram dapat diatasi,” katanya.

Kerajaan Negeri menubuhkan jawatankuasa tertinggi bagi memantau dan mengambil tindakan keras terhadap pihak terlibat dengan aktiviti pembuangan sampah haram.

Antara menjadi tumpuan jawatankuasa yang bakal diketuai, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya itu termasuk tanah milik individu dan aktiviti pembuangan haram di rizab sungai.

Mohamed Azmin berkata, jawatankuasa turut merampas tanah individu yang membenarkan aktiviti pembuangan sampah haram di tanah mereka.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.