Categories
SELANGOR

MB: Kita bekerja keras majukan negeri tak tunggu ‘derma’

OLEH : SYASYA SUFIAN

SRI DAMANSARA, 21 FEB: Kelesuan kepimpinan dan integriti pentadbiran Kerajaan Persekutuan diterajui Umno Barisan Nasional (BN) menyebabkan keyakinan pelabur asing semakin berkurangan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata namun ia berbeza apabila pentadbiran Selangor bekerja bersungguh-sungguh memajukan negeri itu.

“Hasilnya kita masih kekal sebagai negeri yang paling maju di Malaysia dengan mencatatkan prestasi ekonomi cemerlang dengan usaha keras pemimpin bukan sekadar menunggu derma daripada orang Arab.

MB Azmin“Kita tidak terima sebarang ‘derma’ dari negara luar tetapi kita bekerja keras dalam melaksanakan mutu kerja berintegriti,” katanya sinis merujuk kepada isu derma RM2.6 bilion Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Beliau berkata demikian semasa Sambutan Tahun Baru Cina anjuran DUN Bukit Lanjan di Bandar Sri Damansara, hari ini.

Sambutan itu turut dihadiri Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohd Azizi Mohd Zain serta barisan Exco Kerajaan Negeri, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negeri (ADN).

Lebih menarik ADN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong menyediakan meja khas bagi menyantuni Orang Kelainan Upaya (OKU) bagi keselesaan mereka menikmati hidangan dalam keadaan sesak padat dengan lapisan masyarakat.

Katanya walaupun kepelbagaian masyarakat di negeri itu namun bersatu padu demi memajukan ekonomi.

“Sambutan tahun ini kita bakal tempuh dalam keadaan cukup mencabar daripada segi politik mahupun ekonomi yang semakin parah.

“Tetapi kita bersyukur rakyat bersatu padu bersama pimpinan negeri kita supaya dapat tadbir dengan penuh tanggungjawab,” kata Mohamed Azmin.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.