Categories
SELANGOR

Profesor ‘serba tak tahu’ baru bangun tidur ditempelak Exco

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 25 FEB: Seorang profesor ditempelak Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad apabila mendakwa Kerajaan Negeri tidak mempunyai ‘blue print’ perumahan untuk membantu rakyatnya memiliki rumah.

Sebaliknya Iskandar berkata, Kerajaan Negeri mempunyai 13 produk perumahan seperti rumah mampu milik Selangorku, Program Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai atau Dana (TEPAT) dan Dana Selangor (Dana-Sel).

ISKANDAR SAMAD“Profesor ini baru bangun tidur agaknya, tak tahu atau sengaja buat-buat tak tahu Selangor bukan sahaja mempunyai 13 produk perumahan untuk rakyatnya, malah merupakan negeri terkehadapan membantu rakyat memiliki rumah sehingga idea-idea kita menjadi ikutan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri lain,” kata Iskandar kepada Selangor Kini hari ini.

Iskandar yang enggan menamakan individu terbabit menyeru pihak terbabit membuat kajian terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang pendapat yang boleh memalu dan menjejaskan kredibiliti ahli akademi lain.

“Bila seorang ahli akademi mengeluarkan kenyataan sembrono sahaja tanpa buat kajian, tentulah boleh memalukan ahli akademi lain walaupun kebanyakkan mereka mengeluarkan yang lebih profesional tanpa dipengaruhi unsur luar melainkan kajian akademik mereka sendiri,” katanya.

MB merasmikan Rumah Selangorku Mah Sing di Rawang (5)Terminologi ‘rumah mampu milik’ mula diperkenalkan Selangor pada 2009 membuktikan Kerajaan Negeri sentiasa berada selangkah di hadapan berbanding Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dikuasai Barisan Nasional.

Selangor juga adalah negeri perintis memperkenalkan konsep perumahan selesa pada harga berpatutan di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi yang kini sudah diduduki.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.