Categories
NASIONAL

Selesaikan segera isu tunggakan gaji pemain bola

OLEH : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 12 FEB: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Kerjasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) disarankan menyelesaikan isu tunggakan gaji pemain seperti didakwa dengan segera.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat Angkatan Muda Keadilan (AMK), Zafril Eusoff, berkata masalah itu sewajarnya dipandang serius bukan sahaja kerana melibatkan integriti penguruan pasukan, malah boleh menyebabkan imej dan reputasi bola sepak negara tercemar jika masalah ini tidak ditangani.

FAM“FMLLP dan FAM perlu bertindak tegas ke atas pasukan yang masih gagal melunaskan tunggakan gaji pemain ini sekiranya hukuman tolak mata di dalam liga atau gugur dari liga didapati tidak berkesan.

“Bola sepak bukan sekadar sukan semata-mata. Bola sepak adalah medium perpaduan rakyat. Namun pada sama, ia juga sumber pencarian buat pemain. Maka sewajarnya kebajikan dan keperluan mereka ini diambil serius dan diselesaikan dengan segera,” katanya dalam satu kenyataan.

Persatuan Pemain-pemain Bola Sepak Profesional (PFAM) sebelum ini mendedahkan terdapat tiga pasukan Liga M yang masih gagal menjelaskan tunggakan gaji pemain membabitkan jumlah kira-kira RM4.32 juta pada musim lepas.

Tiga pasukan yang terjejas adalah pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Felda dan Kelantan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.