Categories
NASIONAL

DAP gesa siasatan bon AS$6.5 bilion 1MDB

OLEH : AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 9 MAC: DAP menggesa Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menjalankan siasatan segera berhubung pengeluaran bon bernilai AS$6.5 bilion oleh syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan Goldman Sach.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berkata tindakan itu perlu susulan bekas ketua Goldman Sach di Asia Tenggara, Tim Leissner disapina Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat.

PJ Utara MP Tony Pua

“Kegagalan peguam negara dan ketua polis negara mengambil tindakan segera terhadap jenayah seperti itu mengakibatkan Putrajaya terpaksa menyelamatkan 1MDB dengan pinjaman kecemasan, penjualan hartanah dan kontrak pada harga rendah,” katanya ketika sidang media di lobi Parlimen.

Beliau berkata, walaupun Putrajaya dan pembayar cukai mangsa terbesar pembayaran kepada Goldman Sach, penyiasat AS menemui asas penyiasatan dalam transaksi itu berkemungkinan satu penipuan.

“Saya dan pengkritik 1MDB sejak sekian lama menggesa pengeluaran bon oleh Goldman Sach untuk 1MDB sebanyak AS$6.5 bilion itu disiasat,” katanya.

Bloomberg sebelum ini melaporkan Tim disapina FBI bulan lalu, dan pendakwaraya Jabatan Keadilan kini sedang menyiasat sama ada terdapat kaitan dengan 1MDB.

1MDBBeliau berkata, 1MDB mempunyai tiga bon antarabangsa, dengan dua bon masing-masing bernilai AS$1.75 bilion, dan AS$3 bilion.

Pua berkata, 1MDB membayar AS$196 juta dan AS$283 juta untuk komisen, caj dan perbelanjaan bagi mengemukakan bon bernilai AS$1.75 bilion dan AS$3 bilion.

“Amaun ini berbentuk kepada peratusan yang tinggi sehingga 11.2% dan 9.4% daripada dana bon,” kata Pua.

Beliau berkata, negara luar seperti Mexico dan Uruguay berjaya mengeluarkan bon masing-masing bernilai AS$3.9 bilion dan AS$2 bilion dengan hanya menolak 0.2% dan 0.1% sebagai caj dan perbelanjaan.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.