Categories
SELANGOR

Tiada penaja, OA Racing Team bergelut buat persiapan musim 2016

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 9 MAC: Juara kategori Pro-Am Petronas AAM Cup Prix 2015, Azrul Affendi Hadi dari pasukan OA Racing Team melalui jalan sukar untuk berada di lima kelompok teratas musim ini tanpa penajaan.

Pengurus OA Racing Team, Hadi Anak Jembik, berkata tanpa penaja pasukan yang berpengkalan di Kampung Bukit Tandom, Banting itu tidak mampu membiayai perbelanjaan lain seperti bayaran mekanik berpengalaman, menaiktaraf serta penyelarasan enjin jentera bagi perlumbaan.

OA Racing“Azrul akan berlumba dalam pasukan Liberty Honda tahun ini dalam kategori CP115 dan cabaran dijangka sengit kerana ada lebih 40 pelumba dan ramai pula yang berpengalaman dalam kategori ini.

“Saya sudah bayar RM25,000 bagi mendapatkan jentera terbaik tetapi Azrul tidak ada penaja untuk membiayai pelbagai kos lain untuk memaksimakan kuasa jentera seperti yang dicadangkan oleh pihak Liberty Honda.

“Liberty mencadangkan supaya saya dapatkan penaja seberapa segera bagi mendapatkan komponen enjin lebih baik untuk Azrul berada di kelompok lima teratas,” kata Hadi kepada SelangorKini, hari ini.

Katanya, Liberty Honda juga bersedia memasukkan Azrul ke perlumbaan Asia Road Racing tahun ini dan membantu menyelaras mekanik dan enjin sekiranya terdapat syarikat yang tampil menaja.

OA Racing AzrulAzrul yang akan menggunakan jentera bernombor 19, terpaksa bergelut dengan isu penajaan sepanjang musim lalu hingga memaksa beliau menarik diri dalam beberapa pusingan.

Bagaimanapun, beliau akhirnya dinobatkan sebagai juara kategori Pro-Am dengan kelebihan mata tipis apabila berjaya meraih 163 mata berbanding pesaing terdekatnya Md Yusof Omar yang mengutip 156 mata.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.