Categories
SELANGOR

Selangor sedia teliti isu tanah Kampung Sri Tanjung

OLEH SYASYA SUFIAN

BESTARI JAYA, 17 MAC: Kerajaan Negeri bersedia meneliti semula isu tanah yang membelenggu penduduk Kampung Sri Tanjung ,Dengkil sejak 27 tahun lalu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata beliau akan mengambil inisiatif mengkaji sebarang masalah membabitkan isu tanah di negeri itu.

Azmin Ali“Sebelum ini pun kita sudah menguruskan sebarang masalah berkenaan isu tanah.

“Jika masih ada yang belum selesai, kita akan teliti dan semak semula untuk kebaikan rakyat,” katanya selepas mengadakan lawatan di kampus UNISEL, di sini hari ini.

Seramai 68 peneroka Kampung Sri Tanjung, Dengkil menggesa Mohamed Azmin menyelesaikan isu tanah yang menjadi kebimbangan mereka sejak sekian lama.

Mereka menuntut supaya janji sebelum ini untuk memberi tapak lot tanah bagi tujuan perumahan dilaksanakan segera.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.