Categories
SELANGOR

Semua guru KAFA layak terima elaun RM1,300 – RM1,500 sebulan

SHAH ALAM, 31 MAC : Semua guru KAFA layak menikmati elaun bulanan berasaskan tahun perkhidmatan dari RM1,300 kepada RM1,500 sebulan mulai Januari 2016.

Exco Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, , Kerajaan Negeri memperuntukan RM65 juta setahun bagi pembayaran elaun terbabit.

Katanya, pembayaran dilakukan secara berperingkat mulai Mac 2016 berikuitan proses kemaskini data guru KAFA dengan memastikan guru sedia ada dan guru KAFA baru dilantik atau berhenti perkhidmatan.

yunus hairi soal jawab DUN 01“Mereka yang berkhidmat di bawah 5 tahun menikmati tambahan elaun RM50. Manakala, 5 hingga 10 tahun sebanyak RM100 dan 10 hingga 15 tahun sebanyak RM150 serta RM200 bagi melebihi 15 tahun.

“Ini menggunakan peruntukan diluluskan sidang belanjawan 2016 sejumlah lebih dari rm 18 juta,” katanya menjawab pertanyaan Kamarol Zaki Abdul Malik (BN-Sungai Air Tawar), semalam.

Ahmad Yunus berkata, Elaun guru KAFA Selangor merupakan elaun tertinggi berbanding negeri lain.

Daripada 6,900 guru KAFA, beliau berkata, separuh darinya dibiayai seratus peratus Kerajaan Negeri, manakala selebihnya dari Kerajaan Persekutuan iaitu sebanyak RM800.

“Kerajaan Negeri berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang memberikan sumbangan lebih kurang RM37 juta setiap tahun untuk bayaran elaun gurutakmir, imam, pegawai PPMD dan guru Kafa Selangor,” katanya.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.