Categories
SELANGOR

Perlumba muda Orang Asal terima tajaan RM30,000

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 30 MAC : Pasukan OA Racing Team bagi siri perlumbaaan Kejuaraan Club Prix AAM Malaysia boleh menarik nafas lega selepas pasukan itu menerima tajaan berjumlah RM30,000.

Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), Mohd Faris, berkata pihaknya sudi memberikan penajaan ekoran prestasi cemerlang ditunjukkan pelumba muda Orang Asal pasukan itu, Azrul Affendi Hadi, 20.

OA Racing Azrul“Kita melihat bakat muda anak Orang Asal ini yang menunjukkan prestasi cemerlang selepas mencatatkan beberapa kemenangan tetapi memerlukan bantuan.

“Jadi kita bersedia untuk membiayai perbelanjaan melalui penajaan kewangan sebanyak RM30,000 untuk kelengkapan perlumbaan seperti alat-alat ganti motor dan pakaian,” katanya kepada SelangorKini.

Katanya, tajaan itu juga diberikan atas faktor keprihatinan pihaknya terhadap kebajikan masyarakat setempat di kawasan operasi syarikat itu.

KSSB“Di tempat operasi kita di Labuhan Dagang sekitar kawasan Kuala Langat ada kawasan perkampungan Orang Asal yang mana kita juga selalu berurusan dengan Tok Batin kampung itu.

“Kemudian kita dapat tahu anak Tok Batin kampung itu terlibat dengan sukan permotoran dan selalu menang tetapi perlukan bantuan.

“Isu penajaan bantuan itu pula pernah disiarkan SelangorKini jadi waktu itu kita terus uruskan semuanya dari segi penajaan,” katanya.

Majlis Penyerahan sumbangan diadakan di Pejabat Kumpulan Semesta, Bangunan Darul Ehsan, hari ini.

Azrul Affendi sebelum ini berjaya menunjukkan prestasi membanggakan dalam beberapa siri perlumbaan tetapi menghadapi isu tajaan hingga membantutkan usaha memajukan dirinya.

Antara kejuaraan yang pernah diraih perlumba muda itu, juara kategori keseluruhan Pro-Am tahun lalu, sebelum berpindah ke kategori CP115 musim ini mewakili pasukan M Seki Leberty Honda.

-nR-

Categories
SELANGOR

Orang Asal terharu kesungguhan Selangor bantu OA Racing Team

OLEH: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 24 MAC: Kesungguhan Kerajaan Negeri membantu menyelesaikan isu penajaan dihadapi pelumba muda Orang Asal, Azrul Affendi Hadi disambut dengan perasaan terharu dan berbangga oleh masyarakat Orang Asal di seluruh negara.

Pengurus Pasukan OA Racing Team, Hadi Anak Jembik, berkata beliau dihubungi pelbagai pihak sejak tersiarnya kenyataan Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari yang menjangkakan isu penajaan itu dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

AZRUL AFFENDI OA RACING“Kenyataan Amiruddin yang disiarkan SelangorKini bukan sahaja menggembirakan ahli pasukan OA Racing Team sahaja, malah menjadi bualan masyarakat Orang Asal di Kampung Bukit Tandom dan seluruh negara.

“Saya mendapat tahu hal ini melalui komen mereka di facebook team kami dan ramai juga menghubungi saya. Mereka ini bukan sahaja Orang Asal Selangor sahaja tetapi ada dari Perak, Pahang dan Johor untuk menyatakan rasa bangga dengan pencapaian Azrul Affendi.

“Bukan saya dan masyarakat Orang Asal berkongsi rasa bangga dan terharu kerana adanya sebuah kerajaan yang sudi membantu membantu masyarakat kami melibatkan diri dalam sukan permotoran ini,” kata Hadi ketika dihubungi SelangorKini.

Katanya, sekiranya langkah penyelesaian itu berjaya dilaksanakan akan mampu meningkatkan semangat dan prestasi Azrul Affendi mengharungi baki cabaran Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2016 dan Asia Road Racing tahun ini.

Azrul Affendi yang sebelum ini berlumba dalam kategori Pro-Am dinaikkan ke kategori MCP115 selepas berjaya menjuarai Kejuaraan Petronas AAM Cup Prix musim lalu.

-nR-

Categories
SELANGOR

Tiada penaja, OA Racing Team bergelut buat persiapan musim 2016

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 9 MAC: Juara kategori Pro-Am Petronas AAM Cup Prix 2015, Azrul Affendi Hadi dari pasukan OA Racing Team melalui jalan sukar untuk berada di lima kelompok teratas musim ini tanpa penajaan.

Pengurus OA Racing Team, Hadi Anak Jembik, berkata tanpa penaja pasukan yang berpengkalan di Kampung Bukit Tandom, Banting itu tidak mampu membiayai perbelanjaan lain seperti bayaran mekanik berpengalaman, menaiktaraf serta penyelarasan enjin jentera bagi perlumbaan.

OA Racing“Azrul akan berlumba dalam pasukan Liberty Honda tahun ini dalam kategori CP115 dan cabaran dijangka sengit kerana ada lebih 40 pelumba dan ramai pula yang berpengalaman dalam kategori ini.

“Saya sudah bayar RM25,000 bagi mendapatkan jentera terbaik tetapi Azrul tidak ada penaja untuk membiayai pelbagai kos lain untuk memaksimakan kuasa jentera seperti yang dicadangkan oleh pihak Liberty Honda.

“Liberty mencadangkan supaya saya dapatkan penaja seberapa segera bagi mendapatkan komponen enjin lebih baik untuk Azrul berada di kelompok lima teratas,” kata Hadi kepada SelangorKini, hari ini.

Katanya, Liberty Honda juga bersedia memasukkan Azrul ke perlumbaan Asia Road Racing tahun ini dan membantu menyelaras mekanik dan enjin sekiranya terdapat syarikat yang tampil menaja.

OA Racing AzrulAzrul yang akan menggunakan jentera bernombor 19, terpaksa bergelut dengan isu penajaan sepanjang musim lalu hingga memaksa beliau menarik diri dalam beberapa pusingan.

Bagaimanapun, beliau akhirnya dinobatkan sebagai juara kategori Pro-Am dengan kelebihan mata tipis apabila berjaya meraih 163 mata berbanding pesaing terdekatnya Md Yusof Omar yang mengutip 156 mata.

-nR-

Categories
SELANGOR

OA Racing Team naik kategori, harap buka mata penaja

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 22 NOV: Kejayaan pelumba OA Racing Team, Azrul Affendi Hadi menjuarai kategori Pro-Am kejuaraan Petronas AAM Cup Prix 2015 diharap membuka mata penaja bagi membantu pasukan dianggotai orang asal itu mengharungi cabaran musim 2016.

Pengurusnya, Hadi anak Jembik, berkata hal ini berikutan pasukan yang berpengkalan di Kampung Bukit Tandom, Banting itu sebelum ini tidak mampu menampung kos untuk menyertai perlumbaan di setiap pusingan yang diadakan.

OA RACING“Tidak ada syarikat menaja team kami dan kos untuk menyertai setiap pusingan termasuk penyelenggaraan agak tinggi hingga ada pusingan yang kami tercicir kerana tidak cukup wang.

“Tetapi kami berjaya buktikan kemampuan menjadi juara keseluruhan tahun ini,” katanya kepada Selangor Kini.

Hadi berkata, ketiadaan penaja hanya akan membantut dan mensia-siakan bakat Azrul untuk pergi lebih jauh.

“Tahun depan Azrul akan beraksi dalam kategori lebih tinggi, MCP115. Saya harap ada syarikat yang tampil menjadi penaja kami mengharungi perlumbaan yang lebih mencabar nanti,” katanya.

OA Racing AzrulSebelum ini, pelumba OA Racing Team, Azrul dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi kategori Pro-AM pada kejuaraan Petronas AAM Cup Prix 2015 selepas mengumpul 163 mata meninggalkan pesaingnya Md Yusof Omar yang mengutip 156 mata.

Kejayaan itu sekali gus membolehkan Azrul beraksi dalam kategori lebih tinggi lagi pada musim 2016 nanti.

Selain menyertai kejuaraan Petronas AAM Cup Prix, OA Racing Team juga mengidam aksi di pentas perlumbaan peringkat lebih tinggi iaitu Asia Road Racing Championship.

Categories
SELANGOR

Rayu penaja, Team Orang Asal Selangor idam aksi di Asia Road Racing

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 9 SEP: Impian OA Racing Team meneruskan penyertaan di peringkat lebih tinggi selepas menjuarai tiga pusingan di Petronas AAM Cup Prix 2015, mungkin sukar apabila pasukan itu gagal mendapatkan penajaan.

Pengurusnya, Hadi Anak Jembik berkata, sehingga kini pihaknya masih bergelut mencari penaja bagi membiayai kos pembelian, modifikasi jentera perlumbaan dan lain-lain kos bagi menyertai perlumbaan Asia Road Racing yang masih berbaki dua pusingan.

“Sejak 2013 kami sudah 12 kali naik podium dengan enam kali sebagai juara tetapi masih tidak ada penaja yang tampil membantu kami.

“Saya harap ada pihak swasta atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tampil menaja,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, hari ini.

OA Racing AzrulDalam Kejuaraan Petronas AAM Cup Prix 2015, OA Racing Team tercicir dua perlumbaan disebabkan kekurangan sumber kewangan bagi menampung kos perlumbaan.

Namun, jentera OA Racing Team yang dikemudi Azrul Affendi Hadi mampu menduduki tempat kedua dengan hanya empat mata di belakang pendahulu apabila menjuarai pusingan di Temerloh, Melaka dan Perlis.

Prestasi cemerlang di Petronas AAM Cup Prix 2015 menyuntik semangat besar buat pasukan dari Kampung Bukit Tadom, Banting itu menyertai Kejuaraan FIM Asia Road Racing Championship dan Malaysia Super Series.

“OA Racing Team juga mensasarkan untuk menyertai sama ada perlumbaan 250cc atau kategori underbone pada Asia Road Racing dan Malaysia Super Series akan datang,” katanya.

FIM Asia Road Racing Championship merupakan kejohanan lumba motorsikal paling berpristij di peringkat Asia yang dilangsungkan sebanyak enam pusingan di Litar Sepang Malaysia; Sentul, Indonesia; Suzuka, Jepun; Buriram, Thailand dan Losail, Qatar.

Asia Road Racing Championship yang masih berbaki dua pusingan akan dilangsungkan di litar Losail, Qatar pada 30 September hingga 3 Oktober dan litar Buriram, Thailand pada 3 hingga 6 Disember depan.

-NR-

Categories
SELANGOR

Cup Prix: Orang Asal Selangor juara lagi, hampiri kejuaraan 2015

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 9 SEP: Walaupun tercicir dua perlumbaan sebelum ini, pelumba OA Racing Team, Azrul Affendi Hadi berjaya mengukuhkan kedudukan selepas menjuarai pusingan ke-6 Kejuaraan Petronas AAM Cup Prix 2015 yang berlangsung di Kangar, Perlis pada 15-16 Ogos lalu.

Beliau yang beraksi dalam kategori Pro-Am ketika ini berjaya mengumpul 88 mata dengan hanya ketinggalan empat mata di belakang pendahulu keseluruhan, Yusof Omar.

Pengurus OA Racing Team, Hadi Anak Jembik berkata, kemenangan itu memberi suntikan semangat kepada Azrul untuk meneruskan rentak kemenangan dengan baki empat pusingan.

Cup Prix“Ini adalah kemenangan kedua berturut-turut setelah menang pada pusingan pertama.

” Sekiranya kekal konsisten, saya yakin kami mampu bergelar juara keseluruhan tahun ini. Saya percaya Azrul boleh melakukannya,” kata Hadi kepada Selangor Kini hari ini.

Terdahulu, pada pusingan ke-6 Malaysia Cup Prix menyaksikan Azrul berjaya menduduki petak pertama pada perlumbaan saringan dan perlumbaan akhir selepas mencatatkan masa sepusingan terpantas.

Pada perlumbaan akhir, Azrul mencatatkan masa 7 minit 53.9 saat meninggalkan jauh pelumba di tempat kedua, Md Faiz Azmi dengan 5.821 saat di belakang.

Azrul yang menunggang jentera nombor 19 turut menjuarai pusingan pertama di Temerloh, Pahang dan pusingan ke-5 yang berlangsung di Stadium Hang Jebat, Melaka.

OA Racing Team merupakan sebuah pasukan yang dianggotai Orang Asal Selangor dan berpangkalan di Kampung Bukit Tadom, Banting.

-NR-